Tuesday, 3 December 2013

Cerpen: Satu Hati Untuk Cinta

Yaww!! hee. this my next aka my second trial to write cerpen ;)


     WAKTU dah nak dekat final exam ni, memang banyak pula kelas yang ditambah oleh cikgu. Ni belum pula dengan kelas yang ditambah dalam hati aku ni. Takkanlah aku nak jatuh perasaan yang lain ni dengan dia. Tak mungkin dengan kawan baik kelas sendiri.    
      “FIY, aku rasa kan aku suka la dekat seseorang.” kata Zafri pada aku ketika di surau sekolah selepas menunaikan solat Zuhur.
“Oh ya ke? Baguslah macam tu. Tapi kenalah utamakan pelajaran dulu. Siapa perempuan tu?” tanyaku dengan hati yang berdebar. Janganlah kawan baik sekelas kita. Aku pun suka jugak. Aduhai..
“Kau kenal. Aku kenal. Kita rapat. Diyah.” Jawab Zafri selamba. Tapi dia bersyukur yang perempuan Zafri suka bukan kawan dia lagi satu.
“Tapi, dia kan kawan baik sekelas dengan kita. Kau tak takut ke hubungan yang sudah hampir setahun ni akan hancur disebabkan kalau Diyah tak terima kau nanti?” ujarku. Sengajaku ingin menguji. Aku jugak ada perasaan pada kawan baik perempuan sendiri.
“Aku dah bagitahu dengan Diyah sebenarnya. Aku ada bagi surat. Kiteorang selalu SMS. Dan Diyah tak kisah. Dia pun syok kat aku jugak. Cuma kiteorang kisah, penerimaan kau dan Syad je.” Cakap Zafri lalu bangun untuk mencapai kasut di tepi surau untuk kekelas tambahan petang di sekolah.
“Oh. Jadi selama ni kauorang sorokkan perasaan kauorang dari pengetahuan aku dan Syad? Kenapa tak beritahu awal-awal? Kenapa pula kauorang nak sorokkan? Sejak bila kauorang ada hubungan lebih dari kawan baik ni?” tanyaku bertalu-talu. Marah tu tidaklah. Rasa seperti tidak adil. Kawan baik diabaikan kerana cinta kononnya. Zafri sudah berjalan kekelas yang ditetapkan untuk kelas petang.
“Sejak tahun lepas lagi. Dah la. Kau jangan marah. Sebab ni lah aku taknak beritahu kau dan Syad.” Jawab Zafri.
“Takpelah, Zaff. Lagipun dah perasaan. Tak boleh nak tipu diri sendiri. Just be on our stand. Kalau aku jadi kau pun, tak sanggup nak beritahu awal-awal benda yang belum pasti” Ujarku senyum sambil menarik kerusi didalam kelas.
“Eh, cara kau cakap ni macam ada apa-apa je. Rasa macam kau pun ade feeling love ni jugak je. Cuba kau cerita dekat aku.” Tanya Zafri tergelak. Aku mula beritahu perasaanku terhadap Syad tanpa malu. Aku dah memang tak boleh nak simpan sendiri. Kena luahkan jugak. Aku, Zafri, Syad dan Diyah adalah teman rapat sekelas dan perasaan lebih dengan kalangan antara seseorang itu sememangnya tidak boleh. Ini lain pula. Perasaan sememangnya tidak boleh menipu diri sendiri.
     
     SELEPAS tamatnya pengajianku di tingkatan enam, aku bekerja sebagai guru sandaran untuk sementara. Perasaan aku terhadap Syad masih belum kukatakan pada dia lagi. Ah sudahlah. Jangan difikirkan lagi. Kalau ada jodoh, adalah nanti.  Pada waktu petang begini, pergi jogginglah. Sudah lama tak keluar peluh. Keluarlah petang ni.
Ketika aku menuju ke sebuah padang di kawasan perumahanku, aku ternampak Zafri.
“Hoi Zaff. Amboi kau sekarang, makin rapat dengan Diyah, makin jauh pula dengan aku ya?” tanyaku dalam bergurau.
“Haish kau ni. Apa pula. Aku sibuk sikit sekarang ni. Tolong mak aku di Cafe. Kau datang sini buat apa? Tak mengajar ke?” tanya Zafri.
“Aku mengajar pagi. Kau berfutsal ke? Aku nak jogging. Terjumpa kau, lain pula niat aku. Kau main dengan siapa? Aku nak join.” Kataku pada Zafri. Wah main futsal memang syok.
“Aku main dengan geng Daim. Jumlah.” Ajak Zaf.
“Err takpelah. Aku tak berapa suka la kau berkawan dengan Daim tu. Perangai diorang tu boleh hasut kau buat benda yang tak berfaedah tau. Macam malam semalam, kau lepak dengan diorang sampai pukul 4 pagi. Tak ke gila namanya tu? Aku cuma cakap je. Kau jangan terasa hati.” jawabku. Aku memang tak suka betul dengan si Daim tu. Menyampah. Poyo. Berlagak. Konon kacak sangatlah.. eh, astaghfirullah. Tak baik tak baik. Setiap orang pasti ada perubahan. Amin..
“Oi Fiy, kau dengar eh.. sukahati aku la aku nak kawan dengan siapa pun. Dia tu kawan aku jugak. Mak bapak aku tak larang aku kawan dengan diorang, yang kau menyibuk ni apehal? Kau mati ke aku kawan dengan diorang?” Marah Zafri yang sudah mula tengking aku sambil menunding jari telunjuknya.
“Tapi aku kawan baik kau. Salah ke kalau aku bagi nasihat? Kau jangan salah faham Zaff. Aku cuma nak jaga hubungan kawan baik ni je.” Kataku yang masih dalam sabar.
“Pergi matilah dengan kawan baik kau tu. Chau!” ujar Zafri lalu pergi meninggalkan aku. Tapi aku sedih. Kawan baik sendiri buang aku disebabkan kawan yang macam Daim tak guna tu. Tapi tak apalah. Siapa kita untuk mengatur.
    
     SURAT tawaran ke UITM telah aku setuju. Aku sudah tidak dengar khabar Zafri. Diyah apatahlagi. Sejak habis sekolah dulu, langsung tidak mahu menegur aku. Syad ke UPSI. Aku kini tidak mahu memikirkan sesiapa lagi. Nak kawan dengan aku, kawan. Tak mahu, jangan kacau aku. Aku hanya fokus untuk sambung pengajianku di peringkat degree. Semasa disana, kawan biasa ada lah. Tapi yang baik macam zaman sekolah menengah dulu, memang takde. Buat selamba saja. Final exam dah nak dekat. Selepas ini hanya untuk cari kerja.
Yeayy! Finally, pengajian peringkat degree aku tamat. Result degree aku pun okay. Mama suruh aku sambung. Tapi kemalasan untuk belajar, aku menolak. Ketika aku menghantar resume ke sebuah universiti di Kuala Lumpur, aku terserempak dengan Syad di tempat parking. Dia makin cantik. Jerawat sudah kurang. Berdebar tiba-tiba.
“Assalamualaikum. Fiy? Fayyadh Hfiy bin Fattudin. Kan? Ingat aku lagi tak?” Tegurnya mendekati aku dengan bersenyum. Makin teruja la aku. Huhu..
“Waalaikumusalam. Ya Syad. Aku ni. Kau, Nur Farhah Syadiah binti Syamsulbahri, kan?” ujarku tersenyum.
“Ya Allah Fiy. Dah lama tak jumpa dengan kau. Kau apa khabar sekarang? Buat apa dekat sini? Eh, jum pergi ke kereta aku” tanyanya sambil berjalan menuju ke kereta.
“Alhamdulillah Syad. Sihat. Aku hantar resume untuk mengajar dekat sini. Kau pula?” tanyaku sambil berjalan beriringan dengannya. Sungguh cantik Syad sekarang. Bertudung bawal dengan stail baru.
“Wah, bakal Prof Fayyadh Hfiy la nanti ya? Lepas belajar dekat UPSI, aku tunggu posting . Now, aku dapat tawaran mengajar dekat sini. Eh, jum lah kita minum. Dah lama tak borak dengan kau sejak kita sambung belajar. Kita ke cafe depan tu. Kau naik apa datang sini?” tanyanya yang sudah menekan button on lock kereta dia.
“Aku pun naik kereta. Kereta aku dekat sebelah sana. Aku follow kau dari belakang.” Terus aku menuju ke kereta. Wah Syad! Tak sangka aku dapat jumpa kau. Mengajar di tempat yang sama pulak tu. Makin nak terkeluarlah jantung ni.

     SUDAH 3 bulan aku dan Syad bersama. Aku tidak dapat menyatakan yang aku ada perasaan pada dia. Malam ni, akan lancarlah satu misi. Ya Allah, bantulah hambuMu yang lemah ini.
“Syad, sebenarnya aku dah lama nak bagitau kau pasal ni.” Kataku dengan gugup tapi masih boleh control lagi ni. Huhu..
“Oh. Kau nak bagitau apa?” ujarnya selepas menarik keluar  straw minuman dari mulutnya.
“Aku sayang kau.” Ujarku dengan harapan dia cool.
“Aku pun sayang kau.” Katanya selamba.
“Aku sayang kau lebih. Lebih dari seorang kawan baik sekelas dulu. Bukan hanya rasa sayang biasa. Tapi ini luar biasa. Rindu juga mula bertandang dalam hati aku ni. Aku minta maaf. Ya, sepatutnya aku tidak boleh ada perasaan yang macam ni. Tapi aku tak boleh tipu diri sendiri.”kataku dengan tenang.
“Fiy, untuk pengetahuan kau, aku suka pada Zaff. Tapi, lepas aku dapat tahu yang Zaff dan Diyah tu berkasih, aku mula untuk buang perasaan aku tu. Silap aku sebab jatuh suka pada orang yang salah.” Ceritanya.
“Tapi takkan kau suruh aku buang perasaan aku terhadap kau pulak?” kataku dengan tegas tapi masih ada lembut. Hishh takkannya aku nak tinggalkan kau Syad!
“Aku tak suruh pun. Langsung aku tak cakap. Kau ni Fiy.” Cakapnya selamba. Disuapkan nasi goreng ayamnya ke dalam mulut tanpa menghiraukan aku. Syad ni macam takde perasaan je. Aku dah keliru ni. Beberapa minit kemudian, “Fiy, makan lah. Kalau kau sayang aku macam kau cakap tu, nanti hujung minggu ni kau datanglah jumpa ibu aku. Gentle sikit.” Ujarnya selamba. Seketika kemudian, dia ketawa.
“Syad, serius? Biar betul. Tak sangka pulak aku, kau juga ada rasa antara kita.” Teruja aku.
“Memanglah. Tapi bukan dari dululah. Masa aku terjumpa kau 3 bulan lepas dekat tempat parking. You look different now. Segak! Hee..” katanya sambil tersenyum memandang aku.
“Hehe.. kau juga Syad. Sayang aku mula bertambah masa jumpa kau kat tempat parking kau. Kau pun apa kurangnya. Jerawat sudah kurang meh. Kau pakai produk apa haa?” Kataku sambil ketawa.
“Sakai kau Fiy. Kutuk aku jerawat.”  Jawabnya ala-ala merajuk. Haha.. Ya Allah. Bahagianya. Senang hati aku.
“Haa tapi aku suka kau bukan sebab jerawat, okay?” kataku gelak. Haha.. apa-apa sajalah.
       
     “NO, mama. Fiy sayang Syad. Bukan Diyah. Mama tak boleh paksa Fiy nak kahwin dengan siapa pun. Papa, please tell me why this happen?” Marahku tak sangka. Balik dari makan malam dengan Syad, aku diberitahu hal yang mengarut. Ibubapa Diyah, kawan mama dan papa aku. Kalau kuat sangat social member, macam ni la jadinya. Kahwinkan anak dengan kawan masing-masing untuk mengeratkan hubungan tapi tidak fikir pula perasaan anak sendiri.
“Papa pun tak setuju. Tapi mama kamu tu yang beria. Katanya berkenan dengan Diyah tu.” Kata papa. Aku terus naik ke bilik. Tak mungkin!

      PANG!!! Satu tamparan hebat yang tak pernah aku hadap. Bongok ah!! “Hoi Fiy, kau memang dari dulu tak puas hati dengan aku kan? Sampai awek aku sendiri merangkap kawan kau dulu pun kau nak kebas ke?” tengking Zafri ketika di tempat parking tempat aku mengajar. Woi, aku dah lah lapar dari lunch aku tak makan. Dengan perangai pelajar aku yang tak makan saman. Erghhh!! Aku mengusap pipi putihku ini. Huaaa..
“Kau dengar sini ye Fayyadh Hfiy, aku takkan teragak-agak untuk beritahu Syad pasal benda ni kalau kau sayang dia. Kau ingat aku tak tau yang sekarang ni kauorang dah rapat malah bercinta! Rifa Dahiyah only my love one! Takde siapa boleh ambik dia walaupun terpaksa!” tengkingnya lagi lalu pergi. Belum sempat aku nak cakap pape, terus blah. Penakut betul dengan aku bila bersuara la tu. Bhaha.. Eh, dia ingat tak sakit ke pipi aku ni dilempang? Tak lelaki langsunglah kau kalau setakat lempang je. Bagilah penumbuk ke hape, alang-alang tu kan. Sewel! Aku pun tak ingin la dengan Diyah tu even cantik lagi daripada Syad. Aku harap dia takkan beritahu Syad. Aku akan settlekan sendiri.
     Pada malam itu, ketika didalam bilik, aku membelek pipiku. Merah babe! Sakit la jugak. Tiba-tiba bunyi telefon aku berbunyi tanda orang yang aku sayang, call. “Fiy, saya tahu awak dipaksa. Kalau bukan jodoh kita, jangan jadi anak derhaka, Fiy. Syad sayang Fiy sangat.” Ujar Syad dan terus dimatikan panggilan. Ya Allah, apa aku nak buat ni. Satu lagi panggilan tapi bukan Syad. Nombor yang tidak dikenali. Aku angkat.
“Hello..” Aku jawab dan terdengar suara orang menangis.
“Fiy, Zaff accident.” Itu yang aku dengar dari si pemanggil. Aku yakin ini Diyah.
“Diyah? Ini Diyah ke?” tanyaku.
“Aku benci kau Fiy! Kau tahu yang aku sayang Zaff sorang, tapi kenapa kau tak halang mak kau pinang aku? Aku takkan setujulah!” Panggilan dimatikan. Aku terus turun ke tangga.
“Fiy, nak pergi mana gelojoh ni?” Tanya mama tiba-tiba muncul.
“Kekasih orang yang mama pinang tu accident. Fiy nak pergi hospital.” Jawabku. Nasib baik mama tak perasan pipi aku yang dah macam taruh blusher ni.
“Ha? Apa kena mengena dengan Fiy? Kekasih? Mama tak tahu pun Diyah tu dah ada kekasih? Dan tidak diberitahu. Kalau mama tahu, mama batalkan.” Ujar mama.
“Kekasih Diyah tu kawan Fiy. Kawan baik sekelas Fiy dulu. Fiy marah! Fiy tak setuju. Fiy tak suka.  Sekarang dah jelas. Mama, tolong pergi jumpa keluarga Diyah untuk batalkan hubungan yang mengarut ni.” Mintaku terus berlalu.

     SETIBA aku di hospital, aku ternampak Diyah dan keluarga Zafri. “Assalamualaikum. Makcik, Pakcik, macam mana keadaan Zaff?” tanyaku tenang. Diyah, aku nampak duduk tertunduk. Menangis. Air matanya seperti tiada lagi yang keluar.
“Ada tu dekat dalam. Pergilah. Dia dah sedar. Pakcik dan makcik nak keluar ke surau sekejap. Tolong jaga Zaff dan tengokkan Diyah sekejap ya? Dia masih bersedih” Kata mak Zafri. Aku mengangguk. Selepas mak dan ayah Zafri pergi, aku mengajak Diyah masuk.  Aku membuka pintu bilik wad Zafri.
“Zaff, aku minta maaf” kataku lalu menghampirinya.                                                                  
“Fiy, aku minta maaf dengan kau. Aku tahu aku salah sebab tampar kau. Aku silap. Aku dah bagitau Syad pasal benda ni. Mungkin ini balasannya. Aku sakit sangat, Fiy. Aku tak boleh biarkan Diyah dengan orang lain.” Ucapnya dalam keadaan serba salah dan sakit. Tak rela aku lihat kawan aku sorang ni dengan mulutnya bengkak, dahinya berbalut. Menurut cerita Diyah tadi, Zafri kemalangan selepas telefon Diyah. Ya Allah, sedih aku dengan pertemuan yang sudah lama tidak dipertemukan dan berjumpa dengan keadaan yang aku langsung tak nak. Kuasa Allah, siapa kita ingin menolak.
“Takpe Zaff. Benda dah jadi. Aku tak salah kan kau pun. Kau hanya mangsa keadaan. Aku maafkan kau. Kauorang jangan risau, mama aku dah batalkan pertunangan aku dengan Diyah” ujarku sambil memandang Zafri dan kemudian Diyah. Mereka tersenyum. Alhamdullilah.
“Terima kasih, Fiy. Kaulah kawan aku dunia akhirat. Aku rindu sangat dengan hubungan kawan kita yang dulu.” Ucap Zafri. Aku lihat Diyah tersenyum.
“Terima kasih, Fiy. Maafkan aku. Aku ingat, kau hanya nak permainkan Syad dan menyuruh mama kau pinang aku untuk balas dendam dengan Zaff. Aku salah, silap. Aku minta, Fiy. Aku dah salah anggap dengan kau.” Ujar Diyah.
“Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya kita dapat tahu benda ni sekarang dalam keadaan tenang. Aku juga, Zaff. Aku sangat rindu. Tapi itu sudah takdir Allah. Alhamdullilah sekarang, Allah pertemukan dan berbaik semula dengan kauorang.” Kataku dengan tulus. Lega tapi belum puas lagi hatiku yang tak berapa senang ini. Satu masalah lagi. Farhah Syadiah!

     “SYAD, awak nak pergi mana tu? Dengarlah apa yang saya nak cakap ni.” Cakapku terus menarik tangannya kebelakang. Pantas sungguh dia berjalan.
“Takde apa lagi yang nak cakap, dibincangkan, dan diberitahu. Awak, tolonglah jangan jadi anak derhaka. Jangan disebabkan saya, awak lawan cakap mama awak. Saya tak sanggup untuk dikatakan penyuruh untuk awak lawan cakap orang tua. Tolong lepaskan tangan saya. Kita belum kahwin lagi dan mungkin takkan jadi yang sah!” ujarnya. Air mata mula menitis di pipinya. Kasihan. Luhur dan sabarnya hati gadis ini.
“Awak, Zaff accident” kataku. Aku terus lepaskan tangan yang berlapik baju kurungnya. Dia sudah mula dengan riak muka pelik.
“Apa? Kenapa saya tak tahu?” tanyanya. Kini dia pula yang beria. Huhu..
“Macam mana saya nak bagitahu kalau awak asyik larikan diri dari saya je.” Kataku dalam keadaan merajuk. Kononnya.
“Err. Maafkan saya, Fiy. Saya cemburu. Sakit hati. Awak tak tahu hati saya ni seperti diguris-guris dengan pisau cincang bawang tu.” Ngadunya. Aku mula ketawa. “Apa yang lawaknya?” sambungnya lagi.
“Okay, sekarang takda lagi pisau cincang bawang awak tu lagi. Yang ada cuma minyak gamat untuk sapu hati dikala awak sakit.” Ujarku dengan sungguh.
“Apa maksud awak?” tanyanya keliru.
“Harini sabtu kan? Esok Ahad. Maknanya hari minggu dah sampai. So, saya kena pergi jumpa ibu awak yang macam awak cakapkan tu la masa kita makan malam isnin lepas kan?” kataku dengan senyum.
“Err.. saya tak faham. Awak dengan Diyah? Mama awak?”  Lalu aku menceritakan yang aku tak jadi dengan Diyah tu. Gila nak? Nak kena penumbuk pulak dengan si Zafri tu, boleh lah.
“Awak, keadaan Zaff macam mana?” tanya Syad risau.
“Dia dah discharge pagi tadi. Jangan risau. Takde apa yang kritikal.” Ujar aku. Baguslah sekarang mama dah batalkan semuanya. Zafri dan Diyah pula, baik-baik saja. Tengah ber-plan nak bertunang la tu.. huhu..

     “ASSALAMUALAIKUM, mak cik.” Lalu aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Farizah, ibu Syad. Seperti yang dijanjikan, aku ke rumah Syad yang kononnya untuk berjumpa dengan ibubapanya.
“Waalaikumusalam. Ha, masuklah. Nama kamu siapa?” Soal Puan Farizah. Gugup jugak lah. But, still cool babe. Lelaki hilang macho, tak jalan ah. Hehe..
“Fiy, makcik. Fayyadh Hfiy bin Fattudin.” Jawabku sambil tersenyum. Kenelah hormat kan dengan orang tua. Lagi-lagi bakal mertua. Heee..
“Oh. Sudah lama ke kawan dengan Fasya? Ni pun Fasya ada bagitahu makcik yang katanya kawan lelakinya nak datang. Pelik jugak makcik. Dia memang jaranglah bawak kawan lelakinya datang rumah.” Ujar Puan Farizah
“Err makcik, maafkan saya. Fasya tu siapa, makcik?” tanyaku hormat yang masih dalam kekeliruan. Aku ni salah rumah Syad ke?
“Fasya tu sayalah. Keluarga memang panggil saya dengan panggilan Fasya.” Cakap Syad tiba-tiba yang muncul dari arah dapur. Terkejut denn..
“Tapi, mana datang pulak dengan nama Fasya tu? Awak ada dua nama dalam IC ke?” tanyaku keliru lagi.. nakkan kepastian jugak. Heee.. Puan Farizah dan Syad dah mula ketawa. Apa kelakar sangat ke soalan aku tu tadi?
“Fasya tu gabungan nama saya, Farhah Syadiah. Ibu dengan abah ambik dari pangkal nama dalam IC saya. Sebab nama Farhah tu ibu yang pilih, Syadiah tu abah pilih. Jadi, diorang gabungkan untuk menjadi satu nama, dua hati. Hee... kan ibu?” terang Syad. Dia memaling kepada ibunya dengan tersenyum. Anak manja sungguh. Puan Farizah membelai pipinya. Almaklumlah, dia anak tunggal.
“Ye, sayang” balas Puan Farizah kepada anaknya.
“Oh.. okay saya faham. Jadi, saya kena panggil awak dengan pangilan Fasya ke?” tanyaku berharap. Huhu..
“Tak boleh. Sebab nama tu untuk dua hati yang saya sayang, ibu dengan abah saya je.” Ujarnya dalam keadaan agak serius la jugak. Tapi agak kecewa la jugak. Aku ni takde dalam hati dia ke? Huhu..
“Dah la awak. Jangan nak buat muka sedih pulak. Hee.. Saya gurau je lahh.” Katanya dengan ketawa.. erghh pape je lah Syad..
“Eh, asyik berborak saja kamu berdua ni. Jum lah kita makan. Syad, kamu dah sediakan lauk?” kata Puan Farizah yang hanya tersenyum dari aku berbual dengan Syad.
“Sudah ibu. Jum Fiy kita ke meja makan.” Aku hanya menganggung. Kami bertiga ke ruang makan. Wow.. Lauknya mengancam. Nampak macam sedap je.
“Duduklah, Fiy. Jemput makan. Jangan malu-malu. Takde apa pun makcik sediakan.” Ujar Puan Farizah. Aku sebenarnya segan datang rumah anak dara orang ni. Aduhai hati yang merelakan kerana sayang dan cinta...
“Baiklah, mak cik. Terima kasih.” Ucapku. Ehm. Aku menyuapkan lauk dan nasi ke mulut. Ehmm sedap jugak.
Setelah menghabiskan juadah tadi yang telah memenuhi perutku sehingga penuh, berbual sebentar, aku minta diri untuk pulang.
“Mak cik, Syad, saya balik dulu ye? Hari dah nak petang ni.” Ucapku lembut. Depan orang yang kita sayang, kenalah gentle babe!! Hihi..
“Haa ye lah. Hati-hati memandu tu.” Kata Puan Farizah. Aku terus menyalaminya dan mengucap terima kasih.
Aku ke luar pagar ditemani Syad. Syad menghantarku sampai ke kereta.
“Awak, terima kasih sudi datang rumah saya. Terkejut saya, awak betul-betul nak datang. Nasib baik baik awak bagitahu pagi tadi. Kalau tak, tak dapat la merasa sambal udang saya yang Superb tu.” Ujar Syad. Benar. Sambal udangnya tadi memang pedas gilerr babe! Tapi masih boleh dimakanlahh. Hihi...
“Sama-sama. A’ ah.. Sambal udang awak tu memang Superb pun! Saya akan datang kalau saya tak sayang orang yang saya cinta.” Ujarku. Amboi aku ni dah pandai pulak nak berpuitis. Cehh. Haha..
“Ye la. Okay. Nanti awak hantarla keluarga awak datang meminang saya. Hehe.. Err awak, hati-hati memandu.” Ucapnya malu dan terus berlalu masuk kedalam rumah tanpa belum sempat aku berkata apa-apa.
Amboi Syad ni.. Agresif! Tapi aku suka. Hehe.. In sha Allah sayang, i will. Terus aku membolosi dalam kereta itu dan berlalu..

     “MAMA, ayah, boleh merisikkan Syad untuk Fiy boleh?” ucapku dengan tenang. Ayahku tidak terkejut. Tapi, mama over surprise babe!.
“Apa? Kamu ingat nak risik anak dara orang tu mcm tangkap ayam nak sembelih? Hish kamu ni. Jangan main-main. Ini tanggungjawab besar. Lainlah la kalau anak kawan mama ke, ayah ke. Ni, mama dengan ayah pun tak kenal” Kata mama. Ehmm.. Takpe. Biar aku handle.
“Hish mama ni. Kan mama tahu Fiy dengan Syad berkawan dah lama. Ni kiteorang jumpa balik, kiteorang dah boleh mula bina masjid yang kukuh.” Ujarku. Ayah tersenyum. Seakan-akan setuju. Yeayy! Now, tinggal mama je sorang ni.
“Betul tu. Ayah setuju. Ayah pernah terserempak dengan dia semalam. Dia tegur ayah tanya khabar. Ingat lagi ya dia dengan ayah. Syad tu pun baik, bertudung, tak over sangat make-upnya tu, sopan. Sesuai la tu untuk kamu. Tapi kamu kena ingat, sebagai seorang suami, perlu ada tanggungjawab yang besar dan bimbingan kepada isteri dan anak-anak kamu nanti.” Kata ayah memberi nasihat.
“Okay ayah. In sha Allah.” Balasku.
“Ehmm ye lah. Mama percayakan kamu. Tapi ingat, jangan sesekali mempermainkan perasaan orang yang kamu sayang tu.” Cakap mama tanda setuju. Wuhuu! Alhamdullilah.
“Nanti minggu depan, mama dengan ayah pergi ke rumah Syad.” Ujar ayah. Terus aku mengucapkan terima kasih dan berlari menuju kebilik tidurku.
Fuhh!! Memang gila berani ah aku.. huhu... satu masalah dah settle.. Now, tinggal nak call Syad dulu. Aku terus mendail nama Syad ke panggilan.. Seketika kemudian panggilanku disambut.
“Assalamualaikum, Syad. Maaf ganggu awak malam-malam ni. Awak tak tidur lagikan? Mesti teringatkan saya.” Ujarku terus selepas dia angkat panggilanku. Tersenyum aku sendirian. Bahagia pula. Tak gentle ah hantar SMS kalau nak cakap benda yang kira pentinglah jugakkan. Haha..
“Waalaikumusalam. Ish awak ni. Tak la ganggu. Kenapa?”
“Minggu depan, my parents datang rumah awak untuk merisik sekali dengan meminang. Awak tak kisah kan?”
“Kalau betul parents yang sayangkan saya tu, sama sekali saya tak kisah.” Ucapnya. Terdengar rintihan ketawanya. Wah!! Senangnya dalam hati. Aku terus berbual hingga lewat malam.

     SEPERTI hari yang telah dibicarakan, mama dan ayah aku datang untuk merisik + meminang Syad. Wah debar sungguh.
“Saya tak setuju!” itulah ayat yang paling aku tak sangka yang dikeluarkan oleh Puan Farizah.
“Tolong faham dan hormat keputusan saya. Saya tak boleh terima pinangan ini. Lagi-lagi dari Encik Fattudin dan Puan Haida. Maafkan saya.” Ujarnya lagi. Aku seperti telah ditempa satu batu yang besar yang menghempap.
Ya, memang betul masalah besar dah muncul dan timbul. Dugaan. Ya Allah, berilah aku kekuatan. Tapi, kenapa? Apa salah aku? Ini tak boleh jadi. Selama ni, aku lihat Puan Farizah tu baik-baik saja dengan aku. Aku perlu jumpa Syad esok..
“Hfiy, maafkan saya.” Ucpnya. Aku lihat matanya agak merah.
“Syad, mata awak merah. Awak menangis ya?” balasku menghiraukan maafnya.  Syad tak salah. Kasihan Syad.
“Fiy, saya tahu awak sedih, kecewa, marah, geram dengan saya. Dengan ibu saya.” Ucapnya
“Kenapa ibu awak buat macam tu dekat saya? Awak tahu tak, saya sayang awak sangat-sangat. Tolonglah faham. Jangan seksa saya macam ni, Syad.” Kataku dengan tenang.
Sungguh, aku rasa sakit hati sangat. Tapi aku masih ada peluang. Takkan aku lepaskan Syad dengan alasan yang tidak kukuh.
“Ibu fobia. Dia taknak saya jadi macam dia dan abah.” Katanya.
“Ibu dan abah awak? Kenapa?” Tanyaku pelik. Memang selama ni aku tak pernah nampak abahnya. Bukan malas ambil tahu tapi aku takut salah tanya. Mungkin abahnya kerja atau sibuk.
“Ibu dan abah bercerai. Mereka jadi macam tu sebab bekerja di satu tempat yang sama. Macam kita. Ibu tak nak kita jadi macam mereka.” Ujarnya. Aku lihat ada air menitis ke pipi. Cepat-cepat dia sendiri yang menyeka.
“Tapi kenapa kalau saya dan awak satu tempat kerja dan mengajar sama-sama, tidak dibenarkan oleh ibu awak? Saya langsung tak faham dengan apa punca mereka bercerai dengan kita?” kataku agak perlahan. Sedih. Mengapa perlu jadi begini?
“Ibu cemburu bila abah bersama dengan orang lain. Ibu dan abah dulu satu tempat kerja. Abah jenis yang peramah, mudah mesra dan berkawan dengan sesiapa pun. Satu hari tu, ibu ternampak abah makan bersama perempuan lain. Ibu cemburu. Ibu sakit mata tengok abah bermesra dengan orang lain. Bila balik je rumah, ibu minta cerai. Abah mengaku dia salah sebab layan perempuan tu. Abah minta maaf. Tapi ibu nak minta cerai jugak. Abah ceraikan ibu dengan terpaksa dan tidak rela hati dan masa tu saya baru umur 7 tahun. Abah masih sayangkan ibu. Tapi, disebabkan ego ibu tu, saya dibesarkan tanpa kasih sayang seorang abah. Selepas abah ceraikan ibu, abah terus balik ke Penang, kampung abah. Bila saya sudah di sekolah menengah, baru saya berjumpa dengan abah. Itupun dengan senyap-senyap. Sehingga kini, abah masih belum ada teman pengganti ibu sebab abah masih sayang dan cintakan ibu. Begitu juga dengan ibu. Kerana cemburu dan ego, ibu sanggup melepaskan semua rasa sayang itu dengan rela. Sekarang, mangsanya saya. Saya kecewa sangat dengan ibu. Saya rasa macam saya dibalas dendamkan oleh ibu sendiri.” Ceritanya. Air matanya seperti tidak mahu berhenti. Ya Allah, lembut sungguh hatinya.
“Awak, saya minta maaf. Saya tak tahu tentang ibu dan abah awak. Awak, walaupun macam mana pun ibu awak tu, dia tetap ibu kandung yang lahirkan awak dengan ikhlas dan kasih sayang. Lepas ni kita jumpa abah awak, untuk walikan awak. Dan saya pasti ibu awak masih boleh dipujuk uruskan. Sudah, jangan nangis lagi. Saya tak suka tengok orang yang saya sayang menangis.” Kataku dengan tersenyum. Kalau aku sudah jadi halal untuknya, mahu sahaja sekarang ni aku memeluk untuk kurang rasa sedih itu.

     TUAN Syamsulbahri, abah kepada Nur Farhah Syadiah, sangat peramah dan aku senang dengan beliau. Syad membawa aku berjumpa dengan abahnya. Abah Syad memang mengerti. Orang lelaki kan, macam aku jugak. Takkan nak lepaskan tanpa usaha. Setelah berbincang, Tuan Syamsulbahri setuju dengan rancangan aku untuk mewalikan pernikahan aku dan Syad dan misi untuk pujuk kembali bekas isteri kepada isteri. Hehe...
Beberapa hari kemudian... Aku membawa Tuan Syamsulbahri aka Pak Cik Ari ke rumah Syad. Berdasarkan plan, aku dan Pak Cik Ari tunggu diluar. Dengan bantuan kawan Pak Cik Ari, mereka masuk dahulu. Salam mereka disambut. Syad membuka pintu. Setelah mereka masuk, aku mengintai dari tingkap rumah mereka. Pak Cik Ari disebelah hanya diam. Cool siot pak cik ni. Huhu..
Aku lihat Syad memanggil ibunya. Puan Farizah sudah turun dari tangga. Mereka melabuhkan punggung di sofa yang tersedia dengan tetamu.
“Eh, ramainya. Siapa yang datang ni Syad?” pertanyaan ibunya, Syad buat tak endah. Syad senyum dan terus berlalu ke dapur. “Apa hajat kamu siapa datang ke mari? Sekejap ya. Anak saya buatkan minum.” Sambung Puan Farizah setelah Syad berlalu ke dapur.
“Baiklah. Kami datang ni dengan hajat untuk meminang salah seorang di rumah ini. Masih available lagi kan?” Kata salah seorang yang menjadi watak dalam rancangan aku dan Syad ni.
Terkejut riak Puan Farizah. Dalam hatinya mesti berkata, ‘Eh, dasyatnya Syad ni. Haritu bari rejected, sekarang dah dapat pengganti baru pulak.’ Mungkin la kut. Haha Aku main teka je. Tersenyum tiba-tiba Puan Farizah. Agak lama senyuman Puan Farizah tu. Seketika kemudian, Syad datang dengan sedulang air.
“Kena tanya tuan punya badan ni dulu.” Puan Farizah menunjuk ke arah Syad. Syad tersenyum. “Cuma saya nak tahulah, yang berkenan dengan anak saya ni, bekerja dimana?” sambung Puan Farizah.
“Kerjanya bagus. Janji bukan satu tempat kerja dengan anak puanlah. Boleh tampung keluarga puan sekeluarga termasuk anak puan ni sekali.” Jawab salah seorang lagi dari tetamu undangan tu. Huhu..
“Eh, mestilah kena tampung anak saya. Dah bakal isterinya nanti anak saya.” Kata Puan Farizah bersahaja.
“Kami ni nak hajatnya nak meminang Puan Farizah sendiri. Bukan anak puan. Puan, masih belum berpunya kan?” balas seorang tetamu dengan bersenyum.
Aku lihat riak wajah terkejut Puan Farizah.
“Wahh!! Ibu, terima sahajalah. Lagipun ibu ni kan masih cantik molek lagi. Siapa sahajalah yang berkenan dengan ibu ni.” Kata Syad dengan beria. Go Syad, go pujuk ibu awak tu. Hehe.. “Kami terima sahajalah ya, pak cik? Jemput minum.” Sambung Syad berseloroh.
Ibunya sudah malu. Terus menarik tangan Syad keruang dapur. Malu la tu. Dan beberapa minit kemudian, Syad keluar sendiri tanpa Puan Farizah dengan senyum. Dia menunjuk tanda GOOD pada aku. Yess!! Misi pertama settle. Aku lihat wajah Tuan Syamsulbahri berseri semacam. Haha...
     
     MISI kedua datang. Aku dan Syad buat pertemuan antara Puan Farizah dan Tuan Syamsulbahri di satu tempat. Taman Tasik. Wah romantik je. Huhu..
Puan Farizah duduk disebuah bangku. Syad beralasan mahu ke tandas. Beberapa saat kemudian, terkejut Puan Farizah apabila disebelahnya diduduki orang yang dia sayang tapi terpaksa disuruh lepaskan kerana ego. Aku dan Syad menjadi pemerhati tetapi masih boleh dengar suara mereka berbual. Perghh gentle gila baha si Syad ni.
“Hai. Assalamualaikum. Boleh saya duduk? Kalau tak boleh pun, saya dah duduk. Harap awak merelakannya.” Kata Pak Cik Ari. Aku dan Syad sudah mula tersenyum.
“Waalaikumusalam. Maaflah. Saya ada temu janji dengan seseorang. Harap awak faham dan beredar.” Mak Cik Farizah mula balas. Aku dan Syad tetap menjadi pemerhati setia disitu.
“Saya pun ada temu janji dengan seseorang yang saya pinang dua hari lalu.”
“Apa? Itu hal awak. Tak perlu nak berkongsi cerita dengan saya.”
“Sudikah awak menerima pinangan saya dan lamaran kedua saya ini?” Fuyohh!! Romantik seh Pak Cik Ari. Dalam diam dikocek dia ada sebentuk cincin. Takde dalam skrip ni. Huhu..
“Apa awak mengarut ni? Jangan kacau sayalah. Saya tengah tunggu orang. Tak perlu awak nak duduk sini.”
“Terima sajalah ibu. Tak perlu tunggu orang yang ibu katakan tu. Orangnya dah sampai pun. Siap hendak beri cincin lagi.” Kata Syad yang mendekati mereka. Aku setia dibelakang Syad. Tersenyum Pak Cik Ari.
Akhirnya, misi nak satukan mereka berdua berhasil. Misi bersatu aku dengan Syad mesti akhir episodla jawabnya. Huhu..
     
     PADA malam itu, kami makan malam sama-sama. Nak ambik hati bakal ibu mertua sendiri, aku offer belanja makan di restoran ala-ala kampung.. Kata Syad, ibunya gemar dengan suasana macam tu.
“Izah, saya berkenanlah dengan Hfiy ni untuk dijadikan menantu tunggal kita. Kita kahwinkan sahajalah mereka berdua. Saya pun tak sabar nak menimang cucunya.” Ujar Pak Cik Ari memulakan bicara setelah makanan yang dipesan sampai. Izah adalah nama panggilan Mak Cik Farizah. Aku apalagi, tersengih malu babe!! Hihi...
“Tapi, saya fobia la bang. Saya takut Fasya dan Hfiy akan berlaku situasi macam kita dulu. Sebab tu saya tolak pinangan Hfiy. Maafkan mak cik ya, Hfiy?” ujarkan mak Cik Farizah. Aku hanya angguk dan senyum.
“Benda tu takkan terjadi jika salah seorang boleh bersabar, memaafkan dan tolak ego.” Ujar Pak Cik Ari. Kata-kata itu seperti menyakitkan hati. Puan Farizah seperti terpaku aku lihat. Kasihan. “Saya minta maaf.” Sambung Pak Cik Ari dan meletak kembali sudu dipinggan. Pak Cik Ari memandang Mak Cik Farizah dengan harapan faham apa yang diujarnya. Aku dan Syad menjadi pemerhati dengan telinga. Kami tetap teruskan makan. Hehe..
Makanan di pinggan masing-masing sudah habis dihadam. Aku ke kaunter untuk buat pembayaran. Setelah itu, kami terus pulang ke rumah. Aku menghantar Mak Cik Farizah dan Syad pulang dulu.
“Baiklah. Mak cik terima pinang kamu tu Hfiy.” Ujar Mak Cik Farizah lalu membuka pintu untuk turun dari keretaku. Aku apalagi.. Bahagia rasanya hidup babe! Aku lihat senyuman gembira Syad disebelahku. Bersanding lah aku tak lama lagi ni weh!!
“Sayang ibu. Terima kasih ibu. Abah jugak. Terima kasih sangat. Fasya sayang abah. Fasya sayang ibu. Fasya harap ibu dengan abah dapat kekal sampai bila-bila.” Ucap Syad yang sudah berada di luar. Dipeluk kedua ibu dan abahnya. Eh, bila masa pulak Pak Cik Ari ni keluar dari kereta. Setibanya aku turun dari kereta, Pak Cik Ari memelukku.
“Terima kasih, Fiy. Tanpa bantuan kamu, mungkin pak cik tak dapat dersama dengan mak cik kamu ni.” Ujar Pak Cik Ari sambil menepuk bahuku.
“Sama-sama. Terima kasih jugak dekat pak cik sebab sudi terima plan saya dan Syad ni.” Balasku.
“Eh, plan apa ni?” Mak Cik Farizah menyampuk.
“Sebenarnya, dari orang yang ramai datang meminang mama sampai ke malam ni, sudah dirancang. Fasya dengan Fiy yang rancang untuk semua ni hanya dua tujuan je, ibu. Ibu please jangan marah.” Ucap Syad.
“Ya, mak cik. Tujuannya saya nak tengok Syad bahagia dengan mak cik dan pak cik bersama. Lagi satu, saya sayang sangat dengan Syad. Saya nak restu mak cik. Maafkan saya, mak cik.” Kataku. Menggigil jugaklah babe!!
“Takpelah. Benda dah berlaku. Abang, maafkan saya ya selama ni. Terima kasih kerana sudi terima saya balik. Memang dah lama saya tunggu.” Balas Mak Cik Farizah. Yes!!
“Laa.. kenapa tak cakap awal-awal. Ye lahh.. saya maafkan. Lusa kita nikah ye?” kata Pak Cik Ari. Cool babe! Gua tabik. Huhu..
“Cepatnya, bang.” Balas Mak Cik Farizah.
“Tak pelah ibu. Cepat ibu dan abah nikah, cepat lagi Fasya dan Fiy duduk atas pelamin. Hihi..” ucap Syad. Wahh!! Aku sudah tergelak bersama mereka. Indahnya dunia..

     SELEPAS seminggu Pak Cik Ari dan mak Cik Farizah bernikah, aku dan Syad kini bergelar tunangan orang selepas Puan Haida, mama aku menyarungkan cincin kejari Nur Farhah Syadiah, my lovely future wife!! Hehe...

     KINI, selepas sebulan bertunang, aku dan Syad terus melangsungkan perkahwinan kami. Benda suci nak bina, buat apa tunggu lama-lama babe!. Hihi...
“Abang, terima kasih sebab tunggu Fasya dan sabar dengan semua sebelum kita menjadi yang halal harini.” Ujar Syad selepas upacara akad nikah.
Kami bernikah dirumah Syad dan aku dinikahkan oleh bapa mertuaku sendiri. Haaa... Panggilan Fasya pada dirinya? Aku pun pelik. Katanya dulu tak boleh. Takpe takpe.. Dengar dulu skrip dia seterusnya.
“Sama-sama sayang. Syad? Fasya?” Tanyaku keliru.
“A ah. Kalau abang nak panggil Syad, Fasya pun boleh. Fasya benarkan. Sebab sekarang dua hati tu dah kembali bersatu dan jadi satu hati. Satu hati pula muncul dan menjadi hati yang halal harini.” Ujarnya tersenyum.
“Maksud sayang? Abang tak faham sayang berkias-kias ni.” Tanyaku. Aku keliru lagi ni babe!
“Hish abang ni. Dengar sini baik-baik dan mesti kena faham okay.” Ucapnya.
“Ha ye la sayang. Okay, cepat bagitahu.” Balasku dengan ketawa.
“Dua hati yang sudah kembali menjadi satu tu, abah dan ibu saya, dah jadi satu hati sekarang. Kan asalnya ada dua hati. So, hati yang lagi satu tu, untuk orang yang saya cinta, sayang, dan halal untuk saya harini sampai akhir hayat saya. Dapat tangkap tak, suamiku yang blur tapi harini nampak kacak yang luar biasa?” terangnya. Sakit perut aku gelak. Haha.. oh okay sekarang aku faham. Hehe... Syukur...
“Haha... okay. Sudah faham, maam.” Kataku... ketawa kami.
“Amboi pengantin bergelak sakan nampak. Pergi bersalam dengan tetamu tu. Jangan duduk saja. Nanti kang dikata sombong pula.” Haa.. Alamak.. Puan Farizah datang pulak. Hadoii..
“Hee... Ya lah, ibu.” Kata Fasya. Hanya sengihan aku dan Fasya terserlah. Mulai sekarang, aku memanggilnya dengan panggilan Fasya.. Dua hati Fasya kini aku menjadi salah satu penghuni cinta dia.
Haaa... selepas seminggu aku dan Fasya bernikah, Zafri dengan Diyah sudah bertunang. Tak sangka aku, aku bergelar suami dahulu sebelum Zafri. Alhamdulillah. Aku dan Zaff kini ngam semula. Ye la, dah matang, dewasa. Dah jadi laki orang pun.
     
     ALHAMDULLILAH.. Sudah setahun aku dan Fasya bekerja di satu tempat yang sama, tiada benda yang berlaku. Dan kini, aku bergelar bapa. Zafri dan Diyah pula baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka bulan lepas.
“Sayang, terima kasih bagi abang zuriat.” Ujarku sambil menarik kedua tangannya.
“Abang, dah jadi tanggungjawab Fasya lahirkan zuriat. Bukankah itu tanggungjawab sebagai seorang isteri?” balasnya. Tersenyum aku sambil mengangguk.
“Sayang, shall we dance?” tanyaku. Ini adalah honeymoon kononnya. Hehe.. baru kali kedua.. Aku dan Fasya menari ikut rentak selamba yang sudah aku pasangkan CD. Hanya didalam bilik hotel saja. Mana boleh bagi orang tengok bini kita menari babe!! Hihi..
     
     Satu hati untuk cinta dari Fasya untuk aku, aku akan genggam, simpan dan jaga elok-elok. Sebab, benda ni la yang susah nak dapat sampai macam-macam benda jadi. Takkan aku sia-siakan hati cinta Fasya. Amin.. In Sha Allah...
TAMAT




Haa. how?? Best?? any comment?? silakan :) aku tunggu nii :D 
*Please not to copy ^^

Cerpen: Satu Hati Untuk Cinta







    


     



No comments:

Post a Comment