Yaww!! hee. this my next aka my second trial to write cerpen ;)
WAKTU dah nak dekat final exam ni, memang
banyak pula kelas yang ditambah oleh cikgu. Ni belum pula dengan kelas yang
ditambah dalam hati aku ni. Takkanlah aku nak jatuh perasaan yang lain ni
dengan dia. Tak mungkin dengan kawan baik kelas sendiri.
“FIY, aku rasa kan aku suka la dekat
seseorang.” kata Zafri pada aku ketika di surau sekolah selepas menunaikan
solat Zuhur.
“Oh ya ke? Baguslah
macam tu. Tapi kenalah utamakan pelajaran dulu. Siapa perempuan tu?” tanyaku
dengan hati yang berdebar. Janganlah kawan baik sekelas kita. Aku pun suka
jugak. Aduhai..
“Kau kenal. Aku kenal.
Kita rapat. Diyah.” Jawab Zafri selamba. Tapi dia bersyukur yang perempuan
Zafri suka bukan kawan dia lagi satu.
“Tapi, dia kan kawan
baik sekelas dengan kita. Kau tak takut ke hubungan yang sudah hampir setahun
ni akan hancur disebabkan kalau Diyah tak terima kau nanti?” ujarku. Sengajaku
ingin menguji. Aku jugak ada perasaan pada kawan baik perempuan sendiri.
“Aku dah bagitahu
dengan Diyah sebenarnya. Aku ada bagi surat. Kiteorang selalu SMS. Dan Diyah
tak kisah. Dia pun syok kat aku jugak. Cuma kiteorang kisah, penerimaan kau dan
Syad je.” Cakap Zafri lalu bangun untuk mencapai kasut di tepi surau untuk
kekelas tambahan petang di sekolah.
“Oh. Jadi selama ni kauorang
sorokkan perasaan kauorang dari pengetahuan aku dan Syad? Kenapa tak beritahu
awal-awal? Kenapa pula kauorang nak sorokkan? Sejak bila kauorang ada hubungan
lebih dari kawan baik ni?” tanyaku bertalu-talu. Marah tu tidaklah. Rasa seperti
tidak adil. Kawan baik diabaikan kerana cinta kononnya. Zafri sudah berjalan
kekelas yang ditetapkan untuk kelas petang.
“Sejak tahun lepas
lagi. Dah la. Kau jangan marah. Sebab ni lah aku taknak beritahu kau dan Syad.”
Jawab Zafri.
“Takpelah, Zaff. Lagipun
dah perasaan. Tak boleh nak tipu diri sendiri. Just be on our stand. Kalau aku
jadi kau pun, tak sanggup nak beritahu awal-awal benda yang belum pasti” Ujarku
senyum sambil menarik kerusi didalam kelas.
“Eh, cara kau cakap ni
macam ada apa-apa je. Rasa macam kau pun ade feeling love ni jugak je. Cuba kau
cerita dekat aku.” Tanya Zafri tergelak. Aku mula beritahu perasaanku terhadap
Syad tanpa malu. Aku dah memang tak boleh nak simpan sendiri. Kena luahkan
jugak. Aku, Zafri, Syad dan Diyah adalah teman rapat sekelas dan perasaan lebih
dengan kalangan antara seseorang itu sememangnya tidak boleh. Ini lain pula.
Perasaan sememangnya tidak boleh menipu diri sendiri.
SELEPAS tamatnya pengajianku di tingkatan
enam, aku bekerja sebagai guru sandaran untuk sementara. Perasaan aku terhadap
Syad masih belum kukatakan pada dia lagi. Ah sudahlah. Jangan difikirkan lagi.
Kalau ada jodoh, adalah nanti. Pada waktu
petang begini, pergi jogginglah. Sudah lama tak keluar peluh. Keluarlah petang
ni.
Ketika aku menuju ke
sebuah padang di kawasan perumahanku, aku ternampak Zafri.
“Hoi Zaff. Amboi kau
sekarang, makin rapat dengan Diyah, makin jauh pula dengan aku ya?” tanyaku
dalam bergurau.
“Haish kau ni. Apa
pula. Aku sibuk sikit sekarang ni. Tolong mak aku di Cafe. Kau datang sini buat
apa? Tak mengajar ke?” tanya Zafri.
“Aku mengajar pagi. Kau
berfutsal ke? Aku nak jogging. Terjumpa kau, lain pula niat aku. Kau main
dengan siapa? Aku nak join.” Kataku pada Zafri. Wah main futsal memang syok.
“Aku main dengan geng
Daim. Jumlah.” Ajak Zaf.
“Err takpelah. Aku tak
berapa suka la kau berkawan dengan Daim tu. Perangai diorang tu boleh hasut kau
buat benda yang tak berfaedah tau. Macam malam semalam, kau lepak dengan
diorang sampai pukul 4 pagi. Tak ke gila namanya tu? Aku cuma cakap je. Kau
jangan terasa hati.” jawabku. Aku memang tak suka betul dengan si Daim tu.
Menyampah. Poyo. Berlagak. Konon kacak sangatlah.. eh, astaghfirullah. Tak baik
tak baik. Setiap orang pasti ada perubahan. Amin..
“Oi Fiy, kau dengar eh..
sukahati aku la aku nak kawan dengan siapa pun. Dia tu kawan aku jugak. Mak
bapak aku tak larang aku kawan dengan diorang, yang kau menyibuk ni apehal? Kau
mati ke aku kawan dengan diorang?” Marah Zafri yang sudah mula tengking aku
sambil menunding jari telunjuknya.
“Tapi aku kawan baik
kau. Salah ke kalau aku bagi nasihat? Kau jangan salah faham Zaff. Aku cuma nak
jaga hubungan kawan baik ni je.” Kataku yang masih dalam sabar.
“Pergi matilah dengan
kawan baik kau tu. Chau!” ujar Zafri lalu pergi meninggalkan aku. Tapi aku sedih.
Kawan baik sendiri buang aku disebabkan kawan yang macam Daim tak guna tu. Tapi
tak apalah. Siapa kita untuk mengatur.
SURAT tawaran ke UITM telah aku setuju.
Aku sudah tidak dengar khabar Zafri. Diyah apatahlagi. Sejak habis sekolah
dulu, langsung tidak mahu menegur aku. Syad ke UPSI. Aku kini tidak mahu
memikirkan sesiapa lagi. Nak kawan dengan aku, kawan. Tak mahu, jangan kacau
aku. Aku hanya fokus untuk sambung pengajianku di peringkat degree. Semasa
disana, kawan biasa ada lah. Tapi yang baik macam zaman sekolah menengah dulu,
memang takde. Buat selamba saja. Final exam dah nak dekat. Selepas ini hanya
untuk cari kerja.
Yeayy! Finally, pengajian
peringkat degree aku tamat. Result degree aku pun okay. Mama suruh aku sambung.
Tapi kemalasan untuk belajar, aku menolak. Ketika aku menghantar resume ke
sebuah universiti di Kuala Lumpur, aku terserempak dengan Syad di tempat
parking. Dia makin cantik. Jerawat sudah kurang. Berdebar tiba-tiba.
“Assalamualaikum. Fiy? Fayyadh
Hfiy bin Fattudin. Kan? Ingat aku lagi tak?” Tegurnya mendekati aku dengan
bersenyum. Makin teruja la aku. Huhu..
“Waalaikumusalam. Ya
Syad. Aku ni. Kau, Nur Farhah Syadiah binti Syamsulbahri, kan?” ujarku
tersenyum.
“Ya Allah Fiy. Dah lama
tak jumpa dengan kau. Kau apa khabar sekarang? Buat apa dekat sini? Eh, jum
pergi ke kereta aku” tanyanya sambil berjalan menuju ke kereta.
“Alhamdulillah Syad.
Sihat. Aku hantar resume untuk mengajar dekat sini. Kau pula?” tanyaku sambil
berjalan beriringan dengannya. Sungguh cantik Syad sekarang. Bertudung bawal
dengan stail baru.
“Wah, bakal Prof
Fayyadh Hfiy la nanti ya? Lepas belajar dekat UPSI, aku tunggu posting . Now,
aku dapat tawaran mengajar dekat sini. Eh, jum lah kita minum. Dah lama tak
borak dengan kau sejak kita sambung belajar. Kita ke cafe depan tu. Kau naik
apa datang sini?” tanyanya yang sudah menekan button on lock kereta dia.
“Aku pun naik kereta.
Kereta aku dekat sebelah sana. Aku follow kau dari belakang.” Terus aku menuju
ke kereta. Wah Syad! Tak sangka aku dapat jumpa kau. Mengajar di tempat yang
sama pulak tu. Makin nak terkeluarlah jantung ni.
SUDAH 3 bulan aku dan Syad bersama. Aku
tidak dapat menyatakan yang aku ada perasaan pada dia. Malam ni, akan lancarlah
satu misi. Ya Allah, bantulah hambuMu yang lemah ini.
“Syad, sebenarnya aku
dah lama nak bagitau kau pasal ni.” Kataku dengan gugup tapi masih boleh
control lagi ni. Huhu..
“Oh. Kau nak bagitau
apa?” ujarnya selepas menarik keluar
straw minuman dari mulutnya.
“Aku sayang kau.”
Ujarku dengan harapan dia cool.
“Aku pun sayang kau.”
Katanya selamba.
“Aku sayang kau lebih.
Lebih dari seorang kawan baik sekelas dulu. Bukan hanya rasa sayang biasa. Tapi
ini luar biasa. Rindu juga mula bertandang dalam hati aku ni. Aku minta maaf.
Ya, sepatutnya aku tidak boleh ada perasaan yang macam ni. Tapi aku tak boleh
tipu diri sendiri.”kataku dengan tenang.
“Fiy, untuk pengetahuan
kau, aku suka pada Zaff. Tapi, lepas aku dapat tahu yang Zaff dan Diyah tu
berkasih, aku mula untuk buang perasaan aku tu. Silap aku sebab jatuh suka pada
orang yang salah.” Ceritanya.
“Tapi takkan kau suruh
aku buang perasaan aku terhadap kau pulak?” kataku dengan tegas tapi masih ada
lembut. Hishh takkannya aku nak tinggalkan kau Syad!
“Aku tak suruh pun.
Langsung aku tak cakap. Kau ni Fiy.” Cakapnya selamba. Disuapkan nasi goreng
ayamnya ke dalam mulut tanpa menghiraukan aku. Syad ni macam takde perasaan je.
Aku dah keliru ni. Beberapa minit kemudian, “Fiy, makan lah. Kalau kau sayang
aku macam kau cakap tu, nanti hujung minggu ni kau datanglah jumpa ibu aku.
Gentle sikit.” Ujarnya selamba. Seketika kemudian, dia ketawa.
“Syad, serius? Biar
betul. Tak sangka pulak aku, kau juga ada rasa antara kita.” Teruja aku.
“Memanglah. Tapi bukan
dari dululah. Masa aku terjumpa kau 3 bulan lepas dekat tempat parking. You
look different now. Segak! Hee..” katanya sambil tersenyum memandang aku.
“Hehe.. kau juga Syad.
Sayang aku mula bertambah masa jumpa kau kat tempat parking kau. Kau pun apa
kurangnya. Jerawat sudah kurang meh. Kau pakai produk apa haa?” Kataku sambil
ketawa.
“Sakai kau Fiy. Kutuk
aku jerawat.” Jawabnya ala-ala merajuk.
Haha.. Ya Allah. Bahagianya. Senang hati aku.
“Haa tapi aku suka kau
bukan sebab jerawat, okay?” kataku gelak. Haha.. apa-apa sajalah.
“NO, mama. Fiy sayang Syad. Bukan Diyah.
Mama tak boleh paksa Fiy nak kahwin dengan siapa pun. Papa, please tell me why
this happen?” Marahku tak sangka. Balik dari makan malam dengan Syad, aku
diberitahu hal yang mengarut. Ibubapa Diyah, kawan mama dan papa aku. Kalau
kuat sangat social member, macam ni la jadinya. Kahwinkan anak dengan kawan
masing-masing untuk mengeratkan hubungan tapi tidak fikir pula perasaan anak
sendiri.
“Papa pun tak setuju.
Tapi mama kamu tu yang beria. Katanya berkenan dengan Diyah tu.” Kata papa. Aku
terus naik ke bilik. Tak mungkin!
PANG!!!
Satu tamparan hebat yang tak pernah aku hadap. Bongok ah!! “Hoi Fiy, kau memang
dari dulu tak puas hati dengan aku kan? Sampai awek aku sendiri merangkap kawan
kau dulu pun kau nak kebas ke?” tengking Zafri ketika di tempat parking tempat
aku mengajar. Woi, aku dah lah lapar dari lunch aku tak makan. Dengan perangai
pelajar aku yang tak makan saman. Erghhh!! Aku mengusap pipi putihku ini.
Huaaa..
“Kau dengar sini ye
Fayyadh Hfiy, aku takkan teragak-agak untuk beritahu Syad pasal benda ni kalau
kau sayang dia. Kau ingat aku tak tau yang sekarang ni kauorang dah rapat malah
bercinta! Rifa Dahiyah only my love one! Takde siapa boleh ambik dia walaupun
terpaksa!” tengkingnya lagi lalu pergi. Belum sempat aku nak cakap pape, terus
blah. Penakut betul dengan aku bila bersuara la tu. Bhaha.. Eh, dia ingat tak
sakit ke pipi aku ni dilempang? Tak lelaki langsunglah kau kalau setakat
lempang je. Bagilah penumbuk ke hape, alang-alang tu kan. Sewel! Aku pun tak
ingin la dengan Diyah tu even cantik lagi daripada Syad. Aku harap dia takkan
beritahu Syad. Aku akan settlekan sendiri.
Pada malam itu, ketika didalam bilik, aku
membelek pipiku. Merah babe! Sakit la jugak. Tiba-tiba bunyi telefon aku
berbunyi tanda orang yang aku sayang, call. “Fiy, saya tahu awak dipaksa. Kalau
bukan jodoh kita, jangan jadi anak derhaka, Fiy. Syad sayang Fiy sangat.” Ujar
Syad dan terus dimatikan panggilan. Ya Allah, apa aku nak buat ni. Satu lagi
panggilan tapi bukan Syad. Nombor yang tidak dikenali. Aku angkat.
“Hello..” Aku jawab dan
terdengar suara orang menangis.
“Fiy, Zaff accident.”
Itu yang aku dengar dari si pemanggil. Aku yakin ini Diyah.
“Diyah? Ini Diyah ke?”
tanyaku.
“Aku benci kau Fiy! Kau
tahu yang aku sayang Zaff sorang, tapi kenapa kau tak halang mak kau pinang
aku? Aku takkan setujulah!” Panggilan dimatikan. Aku terus turun ke tangga.
“Fiy, nak pergi mana
gelojoh ni?” Tanya mama tiba-tiba muncul.
“Kekasih orang yang
mama pinang tu accident. Fiy nak pergi hospital.” Jawabku. Nasib baik mama tak perasan
pipi aku yang dah macam taruh blusher ni.
“Ha? Apa kena mengena
dengan Fiy? Kekasih? Mama tak tahu pun Diyah tu dah ada kekasih? Dan tidak
diberitahu. Kalau mama tahu, mama batalkan.” Ujar mama.
“Kekasih Diyah tu kawan
Fiy. Kawan baik sekelas Fiy dulu. Fiy marah! Fiy tak setuju. Fiy tak suka. Sekarang dah jelas. Mama, tolong pergi jumpa
keluarga Diyah untuk batalkan hubungan yang mengarut ni.” Mintaku terus
berlalu.
SETIBA aku di hospital, aku ternampak
Diyah dan keluarga Zafri. “Assalamualaikum. Makcik, Pakcik, macam mana keadaan
Zaff?” tanyaku tenang. Diyah, aku nampak duduk tertunduk. Menangis. Air matanya
seperti tiada lagi yang keluar.
“Ada tu dekat dalam.
Pergilah. Dia dah sedar. Pakcik dan makcik nak keluar ke surau sekejap. Tolong
jaga Zaff dan tengokkan Diyah sekejap ya? Dia masih bersedih” Kata mak Zafri.
Aku mengangguk. Selepas mak dan ayah Zafri pergi, aku mengajak Diyah masuk. Aku membuka pintu bilik wad Zafri.
“Zaff,
aku minta maaf” kataku lalu menghampirinya.
“Fiy, aku minta maaf
dengan kau. Aku tahu aku salah sebab tampar kau. Aku silap. Aku dah bagitau
Syad pasal benda ni. Mungkin ini balasannya. Aku sakit sangat, Fiy. Aku tak
boleh biarkan Diyah dengan orang lain.” Ucapnya dalam keadaan serba salah dan
sakit. Tak rela aku lihat kawan aku sorang ni dengan mulutnya bengkak, dahinya
berbalut. Menurut cerita Diyah tadi, Zafri kemalangan selepas telefon Diyah. Ya
Allah, sedih aku dengan pertemuan yang sudah lama tidak dipertemukan dan
berjumpa dengan keadaan yang aku langsung tak nak. Kuasa Allah, siapa kita
ingin menolak.
“Takpe Zaff. Benda dah
jadi. Aku tak salah kan kau pun. Kau hanya mangsa keadaan. Aku maafkan kau.
Kauorang jangan risau, mama aku dah batalkan pertunangan aku dengan Diyah”
ujarku sambil memandang Zafri dan kemudian Diyah. Mereka tersenyum.
Alhamdullilah.
“Terima kasih, Fiy.
Kaulah kawan aku dunia akhirat. Aku rindu sangat dengan hubungan kawan kita
yang dulu.” Ucap Zafri. Aku lihat Diyah tersenyum.
“Terima kasih, Fiy.
Maafkan aku. Aku ingat, kau hanya nak permainkan Syad dan menyuruh mama kau
pinang aku untuk balas dendam dengan Zaff. Aku salah, silap. Aku minta, Fiy.
Aku dah salah anggap dengan kau.” Ujar Diyah.
“Tidak mengapalah.
Sekurang-kurangnya kita dapat tahu benda ni sekarang dalam keadaan tenang. Aku
juga, Zaff. Aku sangat rindu. Tapi itu sudah takdir Allah. Alhamdullilah
sekarang, Allah pertemukan dan berbaik semula dengan kauorang.” Kataku dengan
tulus. Lega tapi belum puas lagi hatiku yang tak berapa senang ini. Satu
masalah lagi. Farhah Syadiah!
“SYAD, awak nak pergi mana tu? Dengarlah
apa yang saya nak cakap ni.” Cakapku terus menarik tangannya kebelakang. Pantas
sungguh dia berjalan.
“Takde apa lagi yang nak
cakap, dibincangkan, dan diberitahu. Awak, tolonglah jangan jadi anak derhaka.
Jangan disebabkan saya, awak lawan cakap mama awak. Saya tak sanggup untuk
dikatakan penyuruh untuk awak lawan cakap orang tua. Tolong lepaskan tangan
saya. Kita belum kahwin lagi dan mungkin takkan jadi yang sah!” ujarnya. Air
mata mula menitis di pipinya. Kasihan. Luhur dan sabarnya hati gadis ini.
“Awak, Zaff accident”
kataku. Aku terus lepaskan tangan yang berlapik baju kurungnya. Dia sudah mula
dengan riak muka pelik.
“Apa? Kenapa saya tak
tahu?” tanyanya. Kini dia pula yang beria. Huhu..
“Macam mana saya nak
bagitahu kalau awak asyik larikan diri dari saya je.” Kataku dalam keadaan
merajuk. Kononnya.
“Err. Maafkan saya,
Fiy. Saya cemburu. Sakit hati. Awak tak tahu hati saya ni seperti diguris-guris
dengan pisau cincang bawang tu.” Ngadunya. Aku mula ketawa. “Apa yang
lawaknya?” sambungnya lagi.
“Okay, sekarang takda
lagi pisau cincang bawang awak tu lagi. Yang ada cuma minyak gamat untuk sapu
hati dikala awak sakit.” Ujarku dengan sungguh.
“Apa maksud awak?”
tanyanya keliru.
“Harini sabtu kan? Esok
Ahad. Maknanya hari minggu dah sampai. So, saya kena pergi jumpa ibu awak yang
macam awak cakapkan tu la masa kita makan malam isnin lepas kan?” kataku dengan
senyum.
“Err.. saya tak faham.
Awak dengan Diyah? Mama awak?” Lalu aku
menceritakan yang aku tak jadi dengan Diyah tu. Gila nak? Nak kena penumbuk
pulak dengan si Zafri tu, boleh lah.
“Awak, keadaan Zaff
macam mana?” tanya Syad risau.
“Dia dah discharge pagi
tadi. Jangan risau. Takde apa yang kritikal.” Ujar aku. Baguslah sekarang mama
dah batalkan semuanya. Zafri dan Diyah pula, baik-baik saja. Tengah ber-plan
nak bertunang la tu.. huhu..
“ASSALAMUALAIKUM, mak cik.” Lalu aku
menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Farizah, ibu Syad. Seperti yang
dijanjikan, aku ke rumah Syad yang kononnya untuk berjumpa dengan ibubapanya.
“Waalaikumusalam. Ha,
masuklah. Nama kamu siapa?” Soal Puan Farizah. Gugup jugak lah. But, still cool
babe. Lelaki hilang macho, tak jalan ah. Hehe..
“Fiy, makcik. Fayyadh
Hfiy bin Fattudin.” Jawabku sambil tersenyum. Kenelah hormat kan dengan orang
tua. Lagi-lagi bakal mertua. Heee..
“Oh. Sudah lama ke kawan
dengan Fasya? Ni pun Fasya ada bagitahu makcik yang katanya kawan lelakinya nak
datang. Pelik jugak makcik. Dia memang jaranglah bawak kawan lelakinya datang
rumah.” Ujar Puan Farizah
“Err makcik, maafkan
saya. Fasya tu siapa, makcik?” tanyaku hormat yang masih dalam kekeliruan. Aku
ni salah rumah Syad ke?
“Fasya tu sayalah.
Keluarga memang panggil saya dengan panggilan Fasya.” Cakap Syad tiba-tiba yang
muncul dari arah dapur. Terkejut denn..
“Tapi, mana datang
pulak dengan nama Fasya tu? Awak ada dua nama dalam IC ke?” tanyaku keliru
lagi.. nakkan kepastian jugak. Heee.. Puan Farizah dan Syad dah mula ketawa.
Apa kelakar sangat ke soalan aku tu tadi?
“Fasya tu gabungan nama
saya, Farhah Syadiah. Ibu dengan abah ambik dari pangkal nama dalam IC saya.
Sebab nama Farhah tu ibu yang pilih, Syadiah tu abah pilih. Jadi, diorang
gabungkan untuk menjadi satu nama, dua hati. Hee... kan ibu?” terang Syad. Dia
memaling kepada ibunya dengan tersenyum. Anak manja sungguh. Puan Farizah
membelai pipinya. Almaklumlah, dia anak tunggal.
“Ye, sayang” balas Puan
Farizah kepada anaknya.
“Oh.. okay saya faham.
Jadi, saya kena panggil awak dengan pangilan Fasya ke?” tanyaku berharap.
Huhu..
“Tak boleh. Sebab nama
tu untuk dua hati yang saya sayang, ibu dengan abah saya je.” Ujarnya dalam
keadaan agak serius la jugak. Tapi agak kecewa la jugak. Aku ni takde dalam
hati dia ke? Huhu..
“Dah la awak. Jangan
nak buat muka sedih pulak. Hee.. Saya gurau je lahh.” Katanya dengan ketawa..
erghh pape je lah Syad..
“Eh, asyik berborak
saja kamu berdua ni. Jum lah kita makan. Syad, kamu dah sediakan lauk?” kata
Puan Farizah yang hanya tersenyum dari aku berbual dengan Syad.
“Sudah ibu. Jum Fiy
kita ke meja makan.” Aku hanya menganggung. Kami bertiga ke ruang makan. Wow..
Lauknya mengancam. Nampak macam sedap je.
“Duduklah, Fiy. Jemput
makan. Jangan malu-malu. Takde apa pun makcik sediakan.” Ujar Puan Farizah. Aku
sebenarnya segan datang rumah anak dara orang ni. Aduhai hati yang merelakan
kerana sayang dan cinta...
“Baiklah, mak cik.
Terima kasih.” Ucapku. Ehm. Aku menyuapkan lauk dan nasi ke mulut. Ehmm sedap
jugak.
Setelah menghabiskan
juadah tadi yang telah memenuhi perutku sehingga penuh, berbual sebentar, aku
minta diri untuk pulang.
“Mak cik, Syad, saya
balik dulu ye? Hari dah nak petang ni.” Ucapku lembut. Depan orang yang kita
sayang, kenalah gentle babe!! Hihi..
“Haa ye lah. Hati-hati
memandu tu.” Kata Puan Farizah. Aku terus menyalaminya dan mengucap terima
kasih.
Aku ke luar pagar
ditemani Syad. Syad menghantarku sampai ke kereta.
“Awak, terima kasih
sudi datang rumah saya. Terkejut saya, awak betul-betul nak datang. Nasib baik
baik awak bagitahu pagi tadi. Kalau tak, tak dapat la merasa sambal udang saya
yang Superb tu.” Ujar Syad. Benar. Sambal udangnya tadi memang pedas gilerr
babe! Tapi masih boleh dimakanlahh. Hihi...
“Sama-sama. A’ ah..
Sambal udang awak tu memang Superb pun! Saya akan datang kalau saya tak sayang
orang yang saya cinta.” Ujarku. Amboi aku ni dah pandai pulak nak berpuitis.
Cehh. Haha..
“Ye la. Okay. Nanti
awak hantarla keluarga awak datang meminang saya. Hehe.. Err awak, hati-hati
memandu.” Ucapnya malu dan terus berlalu masuk kedalam rumah tanpa belum sempat
aku berkata apa-apa.
Amboi Syad ni.. Agresif!
Tapi aku suka. Hehe.. In sha Allah sayang, i will. Terus aku membolosi dalam
kereta itu dan berlalu..
“MAMA, ayah, boleh merisikkan Syad untuk
Fiy boleh?” ucapku dengan tenang. Ayahku tidak terkejut. Tapi, mama over
surprise babe!.
“Apa? Kamu ingat nak
risik anak dara orang tu mcm tangkap ayam nak sembelih? Hish kamu ni. Jangan
main-main. Ini tanggungjawab besar. Lainlah la kalau anak kawan mama ke, ayah
ke. Ni, mama dengan ayah pun tak kenal” Kata mama. Ehmm.. Takpe. Biar aku
handle.
“Hish mama ni. Kan mama
tahu Fiy dengan Syad berkawan dah lama. Ni kiteorang jumpa balik, kiteorang dah
boleh mula bina masjid yang kukuh.” Ujarku. Ayah tersenyum. Seakan-akan setuju.
Yeayy! Now, tinggal mama je sorang ni.
“Betul tu. Ayah setuju.
Ayah pernah terserempak dengan dia semalam. Dia tegur ayah tanya khabar. Ingat
lagi ya dia dengan ayah. Syad tu pun baik, bertudung, tak over sangat
make-upnya tu, sopan. Sesuai la tu untuk kamu. Tapi kamu kena ingat, sebagai
seorang suami, perlu ada tanggungjawab yang besar dan bimbingan kepada isteri
dan anak-anak kamu nanti.” Kata ayah memberi nasihat.
“Okay ayah. In sha
Allah.” Balasku.
“Ehmm ye lah. Mama
percayakan kamu. Tapi ingat, jangan sesekali mempermainkan perasaan orang yang
kamu sayang tu.” Cakap mama tanda setuju. Wuhuu! Alhamdullilah.
“Nanti minggu depan,
mama dengan ayah pergi ke rumah Syad.” Ujar ayah. Terus aku mengucapkan terima
kasih dan berlari menuju kebilik tidurku.
Fuhh!! Memang gila
berani ah aku.. huhu... satu masalah dah settle.. Now, tinggal nak call Syad
dulu. Aku terus mendail nama Syad ke panggilan.. Seketika kemudian panggilanku
disambut.
“Assalamualaikum, Syad.
Maaf ganggu awak malam-malam ni. Awak tak tidur lagikan? Mesti teringatkan
saya.” Ujarku terus selepas dia angkat panggilanku. Tersenyum aku sendirian.
Bahagia pula. Tak gentle ah hantar SMS kalau nak cakap benda yang kira
pentinglah jugakkan. Haha..
“Waalaikumusalam. Ish
awak ni. Tak la ganggu. Kenapa?”
“Minggu depan, my
parents datang rumah awak untuk merisik sekali dengan meminang. Awak tak kisah
kan?”
“Kalau betul parents
yang sayangkan saya tu, sama sekali saya tak kisah.” Ucapnya. Terdengar
rintihan ketawanya. Wah!! Senangnya dalam hati. Aku terus berbual hingga lewat
malam.
SEPERTI
hari yang telah dibicarakan, mama dan ayah aku datang untuk merisik + meminang
Syad. Wah debar sungguh.
“Saya tak setuju!”
itulah ayat yang paling aku tak sangka yang dikeluarkan oleh Puan Farizah.
“Tolong faham dan
hormat keputusan saya. Saya tak boleh terima pinangan ini. Lagi-lagi dari Encik
Fattudin dan Puan Haida. Maafkan saya.” Ujarnya lagi. Aku seperti telah ditempa
satu batu yang besar yang menghempap.
Ya, memang betul
masalah besar dah muncul dan timbul. Dugaan. Ya Allah, berilah aku kekuatan. Tapi,
kenapa? Apa salah aku? Ini tak boleh jadi. Selama ni, aku lihat Puan Farizah tu
baik-baik saja dengan aku. Aku perlu jumpa Syad esok..
“Hfiy, maafkan saya.”
Ucpnya. Aku lihat matanya agak merah.
“Syad, mata awak merah.
Awak menangis ya?” balasku menghiraukan maafnya. Syad tak salah. Kasihan Syad.
“Fiy, saya tahu awak
sedih, kecewa, marah, geram dengan saya. Dengan ibu saya.” Ucapnya
“Kenapa ibu awak buat
macam tu dekat saya? Awak tahu tak, saya sayang awak sangat-sangat. Tolonglah
faham. Jangan seksa saya macam ni, Syad.” Kataku dengan tenang.
Sungguh, aku rasa sakit
hati sangat. Tapi aku masih ada peluang. Takkan aku lepaskan Syad dengan alasan
yang tidak kukuh.
“Ibu fobia. Dia taknak
saya jadi macam dia dan abah.” Katanya.
“Ibu dan abah awak? Kenapa?”
Tanyaku pelik. Memang selama ni aku tak pernah nampak abahnya. Bukan malas
ambil tahu tapi aku takut salah tanya. Mungkin abahnya kerja atau sibuk.
“Ibu dan abah bercerai.
Mereka jadi macam tu sebab bekerja di satu tempat yang sama. Macam kita. Ibu
tak nak kita jadi macam mereka.” Ujarnya. Aku lihat ada air menitis ke pipi.
Cepat-cepat dia sendiri yang menyeka.
“Tapi kenapa kalau saya
dan awak satu tempat kerja dan mengajar sama-sama, tidak dibenarkan oleh ibu
awak? Saya langsung tak faham dengan apa punca mereka bercerai dengan kita?” kataku
agak perlahan. Sedih. Mengapa perlu jadi begini?
“Ibu cemburu bila abah
bersama dengan orang lain. Ibu dan abah dulu satu tempat kerja. Abah jenis yang
peramah, mudah mesra dan berkawan dengan sesiapa pun. Satu hari tu, ibu
ternampak abah makan bersama perempuan lain. Ibu cemburu. Ibu sakit mata tengok
abah bermesra dengan orang lain. Bila balik je rumah, ibu minta cerai. Abah
mengaku dia salah sebab layan perempuan tu. Abah minta maaf. Tapi ibu nak minta
cerai jugak. Abah ceraikan ibu dengan terpaksa dan tidak rela hati dan masa tu
saya baru umur 7 tahun. Abah masih sayangkan ibu. Tapi, disebabkan ego ibu tu,
saya dibesarkan tanpa kasih sayang seorang abah. Selepas abah ceraikan ibu,
abah terus balik ke Penang, kampung abah. Bila saya sudah di sekolah menengah,
baru saya berjumpa dengan abah. Itupun dengan senyap-senyap. Sehingga kini,
abah masih belum ada teman pengganti ibu sebab abah masih sayang dan cintakan
ibu. Begitu juga dengan ibu. Kerana cemburu dan ego, ibu sanggup melepaskan
semua rasa sayang itu dengan rela. Sekarang, mangsanya saya. Saya kecewa sangat
dengan ibu. Saya rasa macam saya dibalas dendamkan oleh ibu sendiri.”
Ceritanya. Air matanya seperti tidak mahu berhenti. Ya Allah, lembut sungguh
hatinya.
“Awak, saya minta maaf.
Saya tak tahu tentang ibu dan abah awak. Awak, walaupun macam mana pun ibu awak
tu, dia tetap ibu kandung yang lahirkan awak dengan ikhlas dan kasih sayang.
Lepas ni kita jumpa abah awak, untuk walikan awak. Dan saya pasti ibu awak
masih boleh dipujuk uruskan. Sudah, jangan nangis lagi. Saya tak suka tengok
orang yang saya sayang menangis.” Kataku dengan tersenyum. Kalau aku sudah jadi
halal untuknya, mahu sahaja sekarang ni aku memeluk untuk kurang rasa sedih
itu.
TUAN Syamsulbahri, abah kepada Nur Farhah
Syadiah, sangat peramah dan aku senang dengan beliau. Syad membawa aku berjumpa
dengan abahnya. Abah Syad memang mengerti. Orang lelaki kan, macam aku jugak.
Takkan nak lepaskan tanpa usaha. Setelah berbincang, Tuan Syamsulbahri setuju
dengan rancangan aku untuk mewalikan pernikahan aku dan Syad dan misi untuk
pujuk kembali bekas isteri kepada isteri. Hehe...
Beberapa hari
kemudian... Aku membawa Tuan Syamsulbahri aka Pak Cik Ari ke rumah Syad.
Berdasarkan plan, aku dan Pak Cik Ari tunggu diluar. Dengan bantuan kawan Pak
Cik Ari, mereka masuk dahulu. Salam mereka disambut. Syad membuka pintu.
Setelah mereka masuk, aku mengintai dari tingkap rumah mereka. Pak Cik Ari
disebelah hanya diam. Cool siot pak cik ni. Huhu..
Aku lihat Syad
memanggil ibunya. Puan Farizah sudah turun dari tangga. Mereka melabuhkan
punggung di sofa yang tersedia dengan tetamu.
“Eh, ramainya. Siapa yang
datang ni Syad?” pertanyaan ibunya, Syad buat tak endah. Syad senyum dan terus
berlalu ke dapur. “Apa hajat kamu siapa datang ke mari? Sekejap ya. Anak saya
buatkan minum.” Sambung Puan Farizah setelah Syad berlalu ke dapur.
“Baiklah. Kami datang
ni dengan hajat untuk meminang salah seorang di rumah ini. Masih available lagi
kan?” Kata salah seorang yang menjadi watak dalam rancangan aku dan Syad ni.
Terkejut riak Puan
Farizah. Dalam hatinya mesti berkata, ‘Eh, dasyatnya Syad ni. Haritu bari
rejected, sekarang dah dapat pengganti baru pulak.’ Mungkin la kut. Haha Aku
main teka je. Tersenyum tiba-tiba Puan Farizah. Agak lama senyuman Puan Farizah
tu. Seketika kemudian, Syad datang dengan sedulang air.
“Kena tanya tuan punya
badan ni dulu.” Puan Farizah menunjuk ke arah Syad. Syad tersenyum. “Cuma saya
nak tahulah, yang berkenan dengan anak saya ni, bekerja dimana?” sambung Puan
Farizah.
“Kerjanya bagus. Janji
bukan satu tempat kerja dengan anak puanlah. Boleh tampung keluarga puan
sekeluarga termasuk anak puan ni sekali.” Jawab salah seorang lagi dari tetamu
undangan tu. Huhu..
“Eh, mestilah kena
tampung anak saya. Dah bakal isterinya nanti anak saya.” Kata Puan Farizah
bersahaja.
“Kami ni nak hajatnya
nak meminang Puan Farizah sendiri. Bukan anak puan. Puan, masih belum berpunya
kan?” balas seorang tetamu dengan bersenyum.
Aku lihat riak wajah
terkejut Puan Farizah.
“Wahh!! Ibu, terima
sahajalah. Lagipun ibu ni kan masih cantik molek lagi. Siapa sahajalah yang
berkenan dengan ibu ni.” Kata Syad dengan beria. Go Syad, go pujuk ibu awak tu.
Hehe.. “Kami terima sahajalah ya, pak cik? Jemput minum.” Sambung Syad
berseloroh.
Ibunya sudah malu.
Terus menarik tangan Syad keruang dapur. Malu la tu. Dan beberapa minit
kemudian, Syad keluar sendiri tanpa Puan Farizah dengan senyum. Dia menunjuk
tanda GOOD pada aku. Yess!! Misi pertama settle. Aku lihat wajah Tuan
Syamsulbahri berseri semacam. Haha...
MISI kedua datang. Aku dan Syad buat
pertemuan antara Puan Farizah dan Tuan Syamsulbahri di satu tempat. Taman
Tasik. Wah romantik je. Huhu..
Puan Farizah duduk
disebuah bangku. Syad beralasan mahu ke tandas. Beberapa saat kemudian, terkejut
Puan Farizah apabila disebelahnya diduduki orang yang dia sayang tapi terpaksa
disuruh lepaskan kerana ego. Aku dan Syad menjadi pemerhati tetapi masih boleh
dengar suara mereka berbual. Perghh gentle gila baha si Syad ni.
“Hai. Assalamualaikum.
Boleh saya duduk? Kalau tak boleh pun, saya dah duduk. Harap awak
merelakannya.” Kata Pak Cik Ari. Aku dan Syad sudah mula tersenyum.
“Waalaikumusalam.
Maaflah. Saya ada temu janji dengan seseorang. Harap awak faham dan beredar.”
Mak Cik Farizah mula balas. Aku dan Syad tetap menjadi pemerhati setia disitu.
“Saya pun ada temu
janji dengan seseorang yang saya pinang dua hari lalu.”
“Apa? Itu hal awak. Tak
perlu nak berkongsi cerita dengan saya.”
“Sudikah awak menerima
pinangan saya dan lamaran kedua saya ini?” Fuyohh!! Romantik seh Pak Cik Ari.
Dalam diam dikocek dia ada sebentuk cincin. Takde dalam skrip ni. Huhu..
“Apa awak mengarut ni?
Jangan kacau sayalah. Saya tengah tunggu orang. Tak perlu awak nak duduk sini.”
“Terima sajalah ibu.
Tak perlu tunggu orang yang ibu katakan tu. Orangnya dah sampai pun. Siap
hendak beri cincin lagi.” Kata Syad yang mendekati mereka. Aku setia dibelakang
Syad. Tersenyum Pak Cik Ari.
Akhirnya, misi nak
satukan mereka berdua berhasil. Misi bersatu aku dengan Syad mesti akhir
episodla jawabnya. Huhu..
PADA malam itu, kami makan malam
sama-sama. Nak ambik hati bakal ibu mertua sendiri, aku offer belanja makan di
restoran ala-ala kampung.. Kata Syad, ibunya gemar dengan suasana macam tu.
“Izah, saya berkenanlah
dengan Hfiy ni untuk dijadikan menantu tunggal kita. Kita kahwinkan sahajalah
mereka berdua. Saya pun tak sabar nak menimang cucunya.” Ujar Pak Cik Ari memulakan
bicara setelah makanan yang dipesan sampai. Izah adalah nama panggilan Mak Cik
Farizah. Aku apalagi, tersengih malu babe!! Hihi...
“Tapi, saya fobia la bang.
Saya takut Fasya dan Hfiy akan berlaku situasi macam kita dulu. Sebab tu saya tolak
pinangan Hfiy. Maafkan mak cik ya, Hfiy?” ujarkan mak Cik Farizah. Aku hanya
angguk dan senyum.
“Benda tu takkan
terjadi jika salah seorang boleh bersabar, memaafkan dan tolak ego.” Ujar Pak
Cik Ari. Kata-kata itu seperti menyakitkan hati. Puan Farizah seperti terpaku
aku lihat. Kasihan. “Saya minta maaf.” Sambung Pak Cik Ari dan meletak kembali
sudu dipinggan. Pak Cik Ari memandang Mak Cik Farizah dengan harapan faham apa
yang diujarnya. Aku dan Syad menjadi pemerhati dengan telinga. Kami tetap
teruskan makan. Hehe..
Makanan di pinggan
masing-masing sudah habis dihadam. Aku ke kaunter untuk buat pembayaran.
Setelah itu, kami terus pulang ke rumah. Aku menghantar Mak Cik Farizah dan
Syad pulang dulu.
“Baiklah. Mak cik
terima pinang kamu tu Hfiy.” Ujar Mak Cik Farizah lalu membuka pintu untuk
turun dari keretaku. Aku apalagi.. Bahagia rasanya hidup babe! Aku lihat
senyuman gembira Syad disebelahku. Bersanding lah aku tak lama lagi ni weh!!
“Sayang ibu. Terima
kasih ibu. Abah jugak. Terima kasih sangat. Fasya sayang abah. Fasya sayang
ibu. Fasya harap ibu dengan abah dapat kekal sampai bila-bila.” Ucap Syad yang
sudah berada di luar. Dipeluk kedua ibu dan abahnya. Eh, bila masa pulak Pak
Cik Ari ni keluar dari kereta. Setibanya aku turun dari kereta, Pak Cik Ari
memelukku.
“Terima kasih, Fiy.
Tanpa bantuan kamu, mungkin pak cik tak dapat dersama dengan mak cik kamu ni.”
Ujar Pak Cik Ari sambil menepuk bahuku.
“Sama-sama. Terima
kasih jugak dekat pak cik sebab sudi terima plan saya dan Syad ni.” Balasku.
“Eh, plan apa ni?” Mak
Cik Farizah menyampuk.
“Sebenarnya, dari orang
yang ramai datang meminang mama sampai ke malam ni, sudah dirancang. Fasya
dengan Fiy yang rancang untuk semua ni hanya dua tujuan je, ibu. Ibu please
jangan marah.” Ucap Syad.
“Ya, mak cik. Tujuannya
saya nak tengok Syad bahagia dengan mak cik dan pak cik bersama. Lagi satu,
saya sayang sangat dengan Syad. Saya nak restu mak cik. Maafkan saya, mak cik.”
Kataku. Menggigil jugaklah babe!!
“Takpelah. Benda dah
berlaku. Abang, maafkan saya ya selama ni. Terima kasih kerana sudi terima saya
balik. Memang dah lama saya tunggu.” Balas Mak Cik Farizah. Yes!!
“Laa.. kenapa tak cakap
awal-awal. Ye lahh.. saya maafkan. Lusa kita nikah ye?” kata Pak Cik Ari. Cool
babe! Gua tabik. Huhu..
“Cepatnya, bang.” Balas
Mak Cik Farizah.
“Tak pelah ibu. Cepat
ibu dan abah nikah, cepat lagi Fasya dan Fiy duduk atas pelamin. Hihi..” ucap
Syad. Wahh!! Aku sudah tergelak bersama mereka. Indahnya dunia..
SELEPAS seminggu Pak Cik Ari dan mak Cik
Farizah bernikah, aku dan Syad kini bergelar tunangan orang selepas Puan Haida,
mama aku menyarungkan cincin kejari Nur Farhah Syadiah, my lovely future wife!!
Hehe...
KINI, selepas sebulan bertunang, aku dan
Syad terus melangsungkan perkahwinan kami. Benda suci nak bina, buat apa tunggu
lama-lama babe!. Hihi...
“Abang, terima kasih
sebab tunggu Fasya dan sabar dengan semua sebelum kita menjadi yang halal
harini.” Ujar Syad selepas upacara akad nikah.
Kami bernikah dirumah
Syad dan aku dinikahkan oleh bapa mertuaku sendiri. Haaa... Panggilan Fasya
pada dirinya? Aku pun pelik. Katanya dulu tak boleh. Takpe takpe.. Dengar dulu
skrip dia seterusnya.
“Sama-sama sayang.
Syad? Fasya?” Tanyaku keliru.
“A ah. Kalau abang nak
panggil Syad, Fasya pun boleh. Fasya benarkan. Sebab sekarang dua hati tu dah
kembali bersatu dan jadi satu hati. Satu hati pula muncul dan menjadi hati yang
halal harini.” Ujarnya tersenyum.
“Maksud sayang? Abang
tak faham sayang berkias-kias ni.” Tanyaku. Aku keliru lagi ni babe!
“Hish abang ni. Dengar
sini baik-baik dan mesti kena faham okay.” Ucapnya.
“Ha ye la sayang. Okay,
cepat bagitahu.” Balasku dengan ketawa.
“Dua hati yang sudah
kembali menjadi satu tu, abah dan ibu saya, dah jadi satu hati sekarang. Kan
asalnya ada dua hati. So, hati yang lagi satu tu, untuk orang yang saya cinta,
sayang, dan halal untuk saya harini sampai akhir hayat saya. Dapat tangkap tak,
suamiku yang blur tapi harini nampak kacak yang luar biasa?” terangnya. Sakit
perut aku gelak. Haha.. oh okay sekarang aku faham. Hehe... Syukur...
“Haha... okay. Sudah
faham, maam.” Kataku... ketawa kami.
“Amboi pengantin
bergelak sakan nampak. Pergi bersalam dengan tetamu tu. Jangan duduk saja.
Nanti kang dikata sombong pula.” Haa.. Alamak.. Puan Farizah datang pulak.
Hadoii..
“Hee... Ya lah, ibu.”
Kata Fasya. Hanya sengihan aku dan Fasya terserlah. Mulai sekarang, aku
memanggilnya dengan panggilan Fasya.. Dua hati Fasya kini aku menjadi salah
satu penghuni cinta dia.
Haaa... selepas
seminggu aku dan Fasya bernikah, Zafri dengan Diyah sudah bertunang. Tak sangka
aku, aku bergelar suami dahulu sebelum Zafri. Alhamdulillah. Aku dan Zaff kini
ngam semula. Ye la, dah matang, dewasa. Dah jadi laki orang pun.
ALHAMDULLILAH.. Sudah setahun aku dan
Fasya bekerja di satu tempat yang sama, tiada benda yang berlaku. Dan kini, aku
bergelar bapa. Zafri dan Diyah pula baru sahaja melangsungkan perkahwinan
mereka bulan lepas.
“Sayang, terima kasih
bagi abang zuriat.” Ujarku sambil menarik kedua tangannya.
“Abang, dah jadi
tanggungjawab Fasya lahirkan zuriat. Bukankah itu tanggungjawab sebagai seorang
isteri?” balasnya. Tersenyum aku sambil mengangguk.
“Sayang, shall we
dance?” tanyaku. Ini adalah honeymoon kononnya. Hehe.. baru kali kedua.. Aku
dan Fasya menari ikut rentak selamba yang sudah aku pasangkan CD. Hanya didalam
bilik hotel saja. Mana boleh bagi orang tengok bini kita menari babe!! Hihi..
Satu hati untuk cinta dari Fasya untuk
aku, aku akan genggam, simpan dan jaga elok-elok. Sebab, benda ni la yang susah
nak dapat sampai macam-macam benda jadi. Takkan aku sia-siakan hati cinta
Fasya. Amin.. In Sha Allah...
TAMAT
Haa. how?? Best?? any comment?? silakan :) aku tunggu nii :D
*Please not to copy ^^
Cerpen: Satu Hati Untuk Cinta