Saturday, 30 November 2013

Jumpa Retisss

Hey guyss. ade citer ni.. ni kejap lagi aku nak upload gambar dan share yang aku pergi event show abah aku punya tadii.. heee. @ Perkarangan Suka Stadium Shah Alam ..
Maybe muke aku ni tak berapa comel sebab excited, tapi do i care? haha XD












Haa, happy laa. best.. comey meh xoxo... heeee. Dapat jumpe Ariz, Izzue Islam, One, Ameer, #FORTEEN , Adam, BabyShima, Hanif & Ray ... ;)

Friday, 29 November 2013

Cerpen: Detik Jam 8

Hey guys... Asslamualaikum ?? Tadaaa. yahh aku nak update cerpen yang aku dah kerjakan for the first trial ni. heee.. So, hope enjoy :) haa, kalau-kalau sesiapa yang nak jadi juri tuu, dialu-alukanlahh komen dan pendapat ye?? Give me positif support yaww :D

      “KRING!!! KRING!!!....”  teriakan jam loceng Sofie. Arghh rasa macam baru sekejap je tidur. Pukul berapa dah ni? Alamak 7! Habislah nanti mama bising. Lebih baik aku pergi mandi dulu. Aku bergegas mencapai tualaku terus menuju ke bilik air. Takut terlambat kerana Puan Halini akan marah, itu satu hal. Lagi satu hal, aku akan ke sekolah hari ini. Memang hari ni cuti sebab harini hari sabtu, tapi kelmarin dapat surat “cinta” dari sekolah mengatakan yang aku ni memperolehi Anugerah Matapelajaran Terbaik PMR. Bukan nak berlagak ke apa la kan, tapi memang fakta kut. Sekolah yang suruh. Teruja pulak. Hehe..  Setelah bersiap dengan pakaian seragam, aku menuju ke ruang makan.

“Morning Papa, Mama. Mama masak ape harini? Woww!! Nyummy, my favourite, Nasi Lemak Pandan dengan sambal sotong.”  kata aku dengan riak muka teruja. “Sambal sotong mama memang umphh!! Takde siapa boleh kalah akan kepedasannya.” sambung aku memuji. “Nak bodek la tu. Kalau Sofie tak cakap pun memang mama tau sedap.” balas Puan Halini. “Sebab itu papa kahwin dengan mama kamu.” sambung Tuan Tajuddin yang sedang membaca surat khabar sambil tersenyum. Aku apalagi, mengekek kuat la. Hahaha...
“Mama, kita sampai awal lagi kut. Sikit je orang kat dewan.” kataku sambil menjenguk kedalam dewan. “Cuba kamu masuk dulu, baru tahu.” kata Tuan Tajuddin. “Okay papa” ketika dipintu dewan, aku dapati sudah ada sebahagian pelajar yang hadir belum memenuhi tempat duduk. Tuan Tajuddin, Puan Halini dan Sofie pergi ke tempat pendaftaran. Pelajar dan ibubapa diasingkan bahagian tempat duduk mereka.

Aku ke tempat duduk berdasarkan nombor yang telah ditetapkan. Puas aku cari dan, “13! Yess, dah jumpa.” kataku dalam hati. “Siapa mereka agaknya disebelah aku ni. Lelaki ke perempuan.  Kenal ke? Ahh biar lah. Buat apa nak fikir.” Beberapa minit kemudian, “Err weh Sofie, tepi sikit kaki. Aku nak lalu.” kata Zaim. “Oh, kau rupanya dekat sebelah kanan aku. Anugerah ape kau dapat?”  “Subjek Matematik. Kau pulak?” “Sains.” “Oh. Sekarang, kau kelas empat apa?” “Sains Tulen. Kau?” “Sains Pertanian.”... Aku dan Zaim sama kelas sewaktu di form3 tahun lepas tapi tidak lah rapat sangat. Hanya berbicarakan tentang matapelajaran sahaja.

Seorang pelajar lelaki menempatkan duduk di sebelah Sofie. Eh, siapa pulak mamat kat sebelah aku ni. Ah lantaklah. Dia tak tegur, buat apa aku nak tegur. Tapi dia form 4 jugak ke sekarang ni. Tahun lepas tak pernah nampak pun.  Aduhai, apahal aku menyibuk pulak ni. Tapi, dia kacak la jugak. Kulit putih-kuning langsat. Rambut dia kalau kemas sikit, mesti macam ala-ala ‘korean guy’ muka dia. Hihi...
Ketika itu, pada pukul 8, acara bermula dengan ucapan dari Pengerusi Majlis, Pengetua, Wakil PPD dan seterusnya penyampaian hadiah. Aku agak ‘nervous’ la jugak. Sampai giliran sebelumnya dipanggil, 12!, ya itu lah mamat sebelah kiri aku yang tak reti langsung nak senyum. ”Matapelajaran Geografi terbaik, Muhammad Nabil Dinzly bin Mohd Safri.” Oh Nabil Dinzy rupanya. Aku pernah dengar nama dia tapi mungkin dah lupa kut. Dan sekarang tiba giliranku. “Nur Sofie Khaireen binti Tajuddin.”  Dengan berbekalkan keyakinan yang separuh cukup, bercampur kan dengan ‘nervous’ lagi, tersenyum jua akhirnya. Bersalam dengan pengetua dan menerima sijil dan trofi kecemerlangan. Terasa comel pulak aku di atas pentas. Hehe... Lepas ucap terima kasih, ku berlalu ke tempat duduk. Senyum! Ya, itulah hadiah kedua yang aku dapat iaitu dari Nabil Dinzly Mohd Safri. Akhirnya senyum jugak dia.

“Tahniah.” ucap Nabil Dinzly. “Terima kasih, Muhammad Nabil Dinzly Mohd Safri.” Sengaja aku menyebut nama panjangnya. “Amboi. Awak perli saya ke apa. Panggil Nabil je.” Katanya dengan sengihan yang membuat aku nak tergelak. Haha macam kelakar la muka dia ni. huhu “Oh okay Nabil. Kita kau-aku je lahh. Kurang selesa lah dengan saya-awak.” Tanyaku. “Oh okay. Aku tak kisah. Aku pun tak suka sangat saya-awak tu. Ye lah, kita kan baru kenal. Hormat sikit la kut. Takut kau fikir bukan bukan.” “EH, takde lah. Aku biasa je. Haha... oh ya, bukan apa nak panggil ‘full name’ kau, tak tau nak panggil apa. Lagipun sebelum ni aku tak pernah kenal kau kan?” jawabku dengan rasa senang hati. Nasib baik baik dia okay. “A ah. Err kau kelas form 4 apa?” tanyanya “Sains Tulen.” “Oh. Aku kelas Lukisan Kejuruteraan-LK.” Jawabnya tanpa aku tanya.  “Oh. Weh, jum ah ambek makanan. Tu pengerusi majlis dah jemput.” “Oh okay. Jum lah.” .
Setelah mengambil makan, aku melabuhkan punggung dikerusi tempat dudukku, aku membuka bungkusan mihun.  “Weh, kau tak makan pedas eh? Bagi lah sambal tu dekat aku daripada membazir je. Aku memang suka makan sambal dengan mihun.” Tanya Nabil sambil bungkusannya dihulur kan kepada aku. “Oh ye ke? Aku tak biasa la makan mihun dengan sambal. Bukan tak makan pedas, makan, tapi kuranglah.” Sambil aku meletakkan kesemua sambal yang ada dalam bungkusanku dekat bungkusan dia. “Oh ya ke, makan macam ni baru lah best. Terasa nikmatnya. Haha..” katanya sambil tunjuk lagak sedap sangat la tu. “Haha... Eh, dah la, makan cepat. Bercakap aje.” Setelah, menghabiskan sedikit jamuan itu, kembali meneruskan dengan anugerah subjek-subjek tingkatan 4 dan 5 yang lain. Habis upacara, aku terus ke papa dan mama. “Sofie, aku balik dulu. Parents  aku dah tunggu kat luar”. Nabil tiba-tiba muncul. “Oh okay. Bye. Nice to meet you” balasku. Sesungguhnya aku rasa aku mula suka dengan dia. Aduhai hati, tolong lah jangan ada perasaan ni. Tapi nak buat macam mana, dah ada kan. Hihi...

     PULANG ke rumah, aku terus kebilik tidurku, salin baju, dan terus ke meja belajar. ‘On’ laptop. Yeh, benda yang selalu aku buat, ‘Chatting’. Aku ‘scroll down’ untuk ‘search’  Shila Nasuha, dan ya dia ‘online’...
>Nasuha, aku rasa aku dah jumpa new ‘crush’ kononnya. Hihi... . Aku ‘enter’ selepas menaip di ruang chat.
+Oh ye ke? Siapa siapa? Cer citer. Tak sabar aku nak mendengornya. Haha..
>Eleh kau ni. Cuba lah bawak bawak bersabar. Engkau pulak yang beria ni apasal?
+Haha... aku bukan apa, saja je. Biar bunyi macam drama sikit. Hehe... cite ah siapa new ‘crush’ kau tu?
>Drama sangat.. Muhammad Nabil Dinzly bin Mohd Safri
+Woo... mamat tu? Ehmm aku dengar dia ni pelik sikit orangnya
>Oh ye ke ? Mana kau tau? Dia okay je dengan aku tadi. Macam drama pulak. Ada scene romantik pulak tu tadi. Haha...
+Apa la yang romantik sangatnya tadi? Cer cite dari A sampai Z kau dekat dewan sekolah tu.
Aku menceritakan pada Nasuha dari mula aku sampai hingga tamat majlis tu.  Aku kembali berangan-angan akan dapat mengenali Nabil dengan rapat lagi. Hehe..
>Suha, aku dah ceritakan kat kau, sekarang aku nak minta tolong kau bagi sesuatu boleh?
+What?! Ape bende pulak la kau kali ni? Kau yang citer...
>Aku nak name FB dia boleh? Hihi... Ala kalau kau takde, dengan siapa pulak aku nak citer. Huhu...
+Dia? Siapa dia? Eleh kau touching-touching pulak.
>Alah kau ni.. Nabil la. Hehe..
+Oh. Nak buat apa? Tak payah la kawan dengan dia. Sekarang ni pun aku tengah cuba untuk siasat sambil berkenalan dengan dia.
>LOL! Asal pulak kau nak siasat bagai?
+Bukan apa, kawan aku ada cakap, yang Nabil tu pelik sikit. Bila lama-lama berkawan, rasa macam menyesal sebab kenal dia. Tu yang aku nak cuba ‘try’ kawan dengan dia.
>Oh, aku lupa pulak. Kau kan suka buat macam ni. Haha..
+Tau takpe. Haha...
>Tapi bagi lah nama fb dia. Hehe... Boleh la. Please Suha sayangg.  Aku berharap sangat Nasuha akan beri.
+Ya la ya la. Tapi kau jangan yakin dan berharap sangat
>Okay.  Yes!. Nasuha memang dia tegas tapi baik jugak hati dia. Hihi..
+Kau search Nabil Dinzly Mohd Safri
>Terima kasih. Sayang kau Suha.”  Aku terus tekan ‘button’ ejaan namanya. Dan okay dah jumpa! Tapi kenapa dia letak gambar kartun? Oh pelik sungguh. Tapi, aku jugak letak “Default Picture” kartun. OMG! Serasi sungguh kita dua ni. Hihi...
+Kau memang. Haha.. bertegur sapa la kau dengan dia ya. Aku nak out. Umi aku ajak pi ‘Shopping’. Bye. Assalamualaikum.
>Oh okay. Bye. Thanks much Suha. Hehe.. Take care. Waalaikumusalam.  Aku dan Nasuha memang berkawan sejak dari sekolah rendah lagi. Tapi kami mula rapat sejak di tingkatan 4. Nasuhalah tempat aku cerita macam-macam. Dia pulak memang petah bercakap. Alkmaklumlah bakal Pakar Psikologi la katakan. Huhu.. Eh!! Cepatnya dia ‘approve’. Hehe... apa lagi kalau bukan Nabil Dinzly Muhammad Noor. Hihi... aku terus mengarahkan ‘arrow’ kepada ‘message’ dan ‘klik’.
>Hi Nabil. Ni aku, Sofie.
+Hi. Oh okay. Thanks Add.
>Okay no prob.
>Err... nak nombor kau boleh? Hehe...  Dalam malu-malu, aku usahakan jugak ni. Hehe..
+Nak buat apa? Tapi kau jangan bagi sesiapa pulak. 017-6871100
>Oh okay terima kasih. Bukan mende pun. Saja je.
+Okay. Sama-sama. Okay lah. Aku log out dulu. Bye. Salam.
>Bye. Wasalam..  Wahh aku dapat nombor dia. Huhu bestnya. ‘SAVE’!! “Sofie, mari makan. Jangan asyik berFB saja.”  Itu dia Puan Halini kita sudah panggil. “Okay mama.” terus aku mengalihkan ke daftar keluar.
    
      ISNIN!! Hari paling malas. Pergi sekolah lagi, ade perhimpunan pulak tu. Aku yakin 90% pelajar  tidak gemar akan majlis itu. Hehe.. Setibanya di sekolah, lepas waktu perhimpunan, ‘auww’ Nabil!! ‘melting’ aku.  You make me over smile today. Nabil melirikkan senyumannya kepadaku. Tapi dengan Suha juga. Adakah mereka sudah rapat. Ehmm biarlah. Aduhai, terbayanglahh muka dia sepanjang hari ini... Waktu balik, aku menunggu Suha di kantin. Suha ni selagi orang tak ramai balik, memang bukan Suha la tu yang keluar dari kelas cepat. Suha datang sambil tayang sengih beruk dia tu. Dia tahu aku marah sebab dia lambat. Bukan apa, nak jalan lagi, nak dapatkan bas sekolah lagi.
“Lama ke kau tunggu? Sorrylah.. Macam tak biasa.” Tanya Suha. Dia perasan aku tengah panas hati + panas terik ni lagi.
“Ehm.. macam biasa ah. Kau ni lembab sangat keluarnya.” Marahku tapi aku tak kisah pun sebenarnya. Aku dan Suha terus berjalan ke luar pagar sekolah. “Suha, kau rapat dengan Nabil ke?” tanyaku lagi.
“Tak la rapat sangat. Tapi rapat la jugak sejak akhir-akhir ni. Apasal? Cemburu? Don’t worry, dear. Aku dengan dia takde papa pun. Cuma kawan biasa.” Jawab Suha sambil menepuk bahuku.
“Oh patutla tadi dia senyum kat kau jugak. Hehe... Aku rasa aku dah jatuh cinta la dengan dia.” Ucap aku malu-malu. Bukan apa, takut orang dengar. Hehe..
“Haha. Jatuh cintalah sangat. Cinta Monyet namanya tu weh. So, apa perkembangan kau dengan dia sepanjang kau berChat bagai tu?” tanya Suha ingin tahu.
“So far, okay la jugak. Tapi dia tak macam Afid. Dia tu pendiam. Kena aku jugak yang mulakan dulu.” Afid, adalah teman rapat di kelasku. Dalam masa yang sama, Nasuha jatuh hati dengan Afid. Ala-ala ‘crush’ la jugak tu... Aku jugak yang kenalkan Suha dengan Afid.
“Ehmm, agak dah. Dia tu memang macam tu. Tapi aku dengar dia setia. Tapi disebabkan dia setia dengan makwe dia tu, kelakuan terhadap kawan lain, dia tak berapa ramah sangat. Dia tu pemalu. Sebab tu, yang tak rapat dengan dia macam kau, dia macam malas nak layan. Kau kena ambik hati dia lah.” Balas Suha dengan beri fakta la kononnya. Haha.. kadang-kadang, lawak jugak Suha ni dengan cara penyampaiannya.
“Oh ye ke ? Macam pelik je. Tapi tak apalah. Kalau ada jodoh, tak kemana. Hihi...” 
“Amboi kau... Melebih nampak. Haha...” Sudah gelak aku dengan Suha sampai tak perasaan kami telah sampai di ‘bus stop’
“Eleh kau pun sama. Lagi lagi dengan Afid. Haha... Err.. Kau dah bagitau dia ke yang kau suka kat dia?” tanyaku.
“Dah. Tapi sejak tu dia bagitau yang dia tak selesa dengan aku. Nak buat macam mana. Biar je lah. Hehe..” jawabnya dengan kurang ikhlas senyumnya.
“Oh sabarlah Suha. Mungkin dia taknampak kau lagi.” Aku tidak salahkan Afid atau Suha. Mungkin keberanian pengakuan Suha tu membuatkan Afid kurang selesa. Yelah, Afid kan suka kan dekat orang lain. Malas aku nak campur.  
“Tak nampak apanya. Aku punyalah besar. Sebelah kelas aje. Selalu terserempak. Buta ke hapa. Mungkin sebab aku ni gemuk kut. Hahaha...” jawab Suha sambil buat lawak menunjuk dirinya.
“Sengal la kau. Haha janganlah cakap macamtu. Even kau tak kurus macam orang yang Afid suka tu sekarang, tapi kau lawa apa. Bolehlah. Comel la jugak. Hahaha” kata aku sambil memegang bahunya untuk beri keyakinan.
“Hahaha kau perli aku ke pe?” tanyanya dengan menunjuk jari telunjuknya kepada aku. Ingat takut sangat la tu. Haha..
“Betul la. Kira lawa apa. Cuba kau diet sikit. Confirm ada yang terpikat.”  Itula salah satu yang orang selalu pandang rendah pada faktor saiz badan, gemuk. Suha bukanlah gemuk mana pun, cuma dia tegap je. Tapi dengan dialah, aku selesa berkawan even ada jugaklah kegedikan yang ditunjuk. Huhu... Suha dah macam Doktor Cinta yang menasihatkan orang tapi tak yakin bila masalah muncul terhadap dirinya sendiri. Hmm, aku harap Suha tabah dan yakin. Beberapa minit kemudian, kami menaiki bas sekolah pulang ke rumah.
     
     AKHIR TAHUN!! Ya, itulah yang ditunggu oleh pelajar-pelajar setiap tahun. Pastinya, ada yang melancong, berShopping itu pasti. Hihi... Aku sudah siap-siap kerana bertemu janji dengan Suha keluar jalan-jalan. Yepi!!
“Kau nak beli apa lagi Suha? Tengok wayang dah. Makan dah. Nak pergi mana lagi?”
“Semestinya Popular! Aku nak cari novel lah.”
“Oh a ah. Aku lupa kau ajak aku semalam salah satu sebab nak beli novel”
“Tau takpe. Hee... Jum. Kau taknak novel ke?”
“Err takpelah... tak minat. Hehe” Aku sememangnya kurang minat dengan novel-novel ni. Huhu..

    YAHEPPI!! Aku bebas... Yeahh!! Gembira? Yup. SPM dah habis... Wuhuu... Dalam masa yang sama, Teringat aku pada Nabil. Ehm... Dia tak ingat aku lagi dah ke? Sejak kejadian Nabil gaduh dengan Suha, aku dah mula tidak berhubung dengan dia. Memang benar, dia agak sombong. Tapi, perasaan ini mungkin akan tiada lagi jua nanti... Detik jam 8 itu sentiasa di mindaku dan aku mula tersenyum sendirian.
“Oit Sofie, kau apahal asyik tersenyum-senyum dari tadi? Lambat dah ni.” sergah Nasuha sambil menepuk belakang bahuku.
“Kau ni memang lah. Terkejut aku tau tak. Nasib baik la aku takde sakit jantung. Kalau tak, dah lama terlentang.” Kataku sambil mengurut-urut dada. Kus.. semangat... Hantu punya Suha.
“Sebab aku tahu kau takde penyakit tu la, aku sergah. Haha... Jum ah cepat. Panas kut kat sini. Takde aircond.” Jawabnya selamba sambil mengipas-ngipas dirinya dengan buku.
“Dekat kantin memang la takde aircond. Macam lah bapak kau punya sekolah ni. Kalau bapak kau punya, boleh la letak aircond bagai dekat kantin. Tapi kalau betul, pun best jugak. Hahaha...” jawab lawakku pula..
“Haha... InsyaAllah satu hari nanti. Hehe.. Aku bukan apa. Untung lah kau dah habis paper. Aku next week ada lagi.” Katanya dengan nada sedih.
“eleh sedih sangat la tu. Ye, aku tau. Ye la. Jum jum. Macam mak nenek nanti kang kau kalau lama-lama. Hahaha...” ucapku sambil berdiri. Aku dan Suha sama-sama menuju ke pagar sekolah.
“Senget kau Sofie. Kutuk aku. Habis, kau tadi marah-marah... haha..” katanya sambil menepuk bahuku dengan bukunya. Nasib baik tak sakit.
“Haha.. itu lain. Dah kau cari pasal. Tapi sekarang dah okay dengan pembelanjaan kau nanti.” Kataku dengan tersengih. Biar padan muka. Siapa suruh cari pasal. Hahaha...
“Eh, belanja? Aku ada cakap nak belanja kau ke?” tanyanya bendul.
“Cakap atau tak, aku nak jugak ‘slurpee’. Kalau tak, aku merajuk lagi.” Terus aku menarik tangannya untuk jalan lebih cepat.
“Takpayah la merajuk. Buruk perangai aku nengok. Jum ah. Aku pun teringin jugak. Haha..” katanya sambil bergelak.
“Hehe...  Sayang kau my dearest.” Nasuha memang kawan the best. Haha. Kami berjalan kaki untuk ke luar sekolah, menaiki jejantas dan belok kanan ke 7-Eleven. Hihi.. Eh tapi sekejap!! Aku rasa lebih rela takperlu nak masuk dalam 7-Eleven ni dan kempunan ‘slurpee’.
“Weh Suha, tak payah lah. Takjadi. Lain kali je la kau belanja aku.” Tahanku setibanya di pintu masuk 7-Eleven
“Kau ape hal tetiba?” tanya Suha keliru
“Cuba kau tengok dia tu” sambil menunjuk seseorang ke dalam 7-Eleven
“Siapa?. Oh Nabil. Biar je lah dia tu. Kau buat ‘dunno’ je. Takpayah takut gelisah berdebar lahh.”
“Err ye lah ye lah. Kau jalan dulu.” Dengan hati yang kurang berani, aku jalan terus tanpa memandang kiri atau kanan. Peduli ape aku. Hehe dan ya memang dah agak dia takkan tegur aku ataupun Suha. Cuma dia je senyum dengan Suha. Entah ikhlas ke tak. Bukan aku tak tahu ape yang Suha cite pasal dia. Lantaklahh...
     
     SETELAH beberapa minggu ‘result’ SPM keluar, aku ditawarkan ke Matrikulasi di Ipoh, Perak. Suha pula di UKM Serdang. Walaupun berjauhan,kami masih berhubung. Apa guna zaman dah maju sekarang. Semua aplikasi boleh diguna pakai dengan faedah... Hehe... Kan? Ehmm detik jam 8 aku itu masih tidak berubah dan tak pernah hilang untuk aku mengingatnya. Biarlah kalau aku ada jodoh, pasti bertemu lagi. Cinta Monyet itu memang wujud tapi benarkah berlaku pada diriku dulu? Entahlah. Sekarang ni aku cuma nak concentrate to study. Nabil? Langsung tidak tahu menahu. Tapi jangan risau, bila aku jumpa kau balik nanti Nabil, aku akan pastikan kau jatuh suka dekat aku. Hehe...
“Sofie, cepat angkat turun bawah barang-barang kamu tu”. Teriak mama dari bawah. “Okay mama.” aku terus mengangkat bag dan turun ke bawah. Setelah meluncurkan diri ke dalam kereta, mama pesan, jangan lupa solat, makan, berdisiplin dan bla.. bla.. bla.. Macam biasa ibubapa diluar sana berpesan. Naik muak kekadang. Bukannya ape setiap kali aku balik rumah je, dan naik kereta untuk pulang ke hostel, pasti itu yang dileter. Tapi aku tau mama sayang aku...
“Papa, mama, two weeks more, tak payah ambik la eh. Sebab Sofie ada study group dengan classmates. Lagipun kan minggu depan exam.” beritahuku setelah tiba di tempat aku belajar. “Okay. Tapi ingat, jangan lupa selalu call papa atau mama kalau ada apa-apa hal” kata papa. “Okay. Bye. Sofie pergi dulu, ma, pa.” setelah bersalaman, aku berjalan ke bilik yang sudah aku diami sepanjang dua bulan itu dan sentiasa ingat pada satu insiden singkat pada detik jam 8 itu yang mungkin akan kembali. Mungkin! InsyaAllah...

      EH! Alamak habislah aku kena bebel dengan Akma. Haa, Akma is my room-mate dekat sini. Mulut dia kalau lambat seminit, mengalahkan murai tercabut ekor. Okay fuhh!! Nasib baik baru 7.29 am. Hehe... dia dah terjengul dekat situ dengan Syada dan Wafi. “Haa, lagi seminit kau tak sampai, aku dah rancang nak memekak dekat telinga kau kejap lagi.” ujar Akma. “Yela yela...  sorry guys. Aku terbangun lambat satu minit je. Akma, asal kau tak kejutkan aku? Tinggalkan note kau atas meja je. Aku sarapan pun belum tau.” balasku. “Macam la kau taktau perangai si Akma ni, Sofie oi” campur Wafi. Syada sudah ketawa. “Ah kau, aku kejut bagai nak gila, kau tak bangun-bangun jugak. Lagipun biar kau tu berdisiplin sikit. Exam, next week je weh.” terang Akma dengan muka garang! Nak bagi aku takut la tu. Huhu.. “Ye la ye la, kau jangan nak bebel, kau discuss lah dulu dengan diorang. Aku nak pergi cafe jap. Lapar. Hehe..” ujarku sambil memegang perut. “Mengada-ngada ah kau ni. Cepat sikit. 5 minit dari sekarang!” arah Akma. Garangnyaa... haha.. “Alahh kau ni mana cukup. Nak jalan lagi. Kau ingat Library ni dengan kantin dekat ke?” “kau nak aku singkatkan masa lagi atau...” “Okay okay. Aku pergi kejap.” memotong kata kata Akma . Syada dan Wafi mengekek mentertawakan aku. Kurang Asam betul. Bukan nak back-up aku. Tapi aku tahu walaupun Akma garang, tapi dia selalu ingatkan aku banyak perkara.
Setelah kembali aku di Library, ketika aku mencari fiksyen Psikologi, aku ternampak seseorang. Sekejap! Tengok jam. Pukol 8! Takkan tragedi tu berulang lagi? No... Tapi muka dia hampir sama. Cuma yang sekarang nampak lebih segak. Aku memberanikan diri untuk mendekatinya. Dan yes! Aku pasti itu memang Nabil Dinzly , mamat poyo yang aku dah jatuh hati tu.. Dan okay, ini memang memalukan. Dia perasan aku intip dia dicelah-celah buku. Dan alamak!! Kantoi!!
“Awak pandang apa tu? Saya ke? Handsome tak? Oh terima kasih.” berseloroh Nabil sambil ketawa. Eh kejap! Handsome. Okay, tolong sediakan 10 buah baldi besar.
“Err... Saya tengah cari buku laa.. Awak silap orang kut. Okay bye..” Gelisah aku. Lebih baik aku blah cepat.
“Opps sekejap.” Dia menarik tudungku. Ah! Sakai punya lelaki! Habis dah senget tudung aku. Penat lilit kut ni. Ergghh!!
“Apahal awak tarik tudung saya? Saya tak kenal awak, jangan biadap okay?!” marahku..
“Oh kau pasti tak kenal aku, wahai Cik Nur Sofie Khaireen binti Tajuddin?” tanya dengan berlagak poyo!
“HUH!” seriusly, aku terkejut dan WHAT!! Dia tahu name panjang aku. CIK? Dia ni perli aku ke hape.
“Err okay bye saya kena pergi dulu. Ade discussion dengan kawan. Assalamualaikum.” Terus aku jalan pecut. Menyesal ada, tapi happy pun ade sebenarnya. Hihi...
     
BEBERAPA hari kemudian...
“Cik Nur Sofie Khaireen binti Tajuddin, kau still sukakan aku lagi tak?” tiba-tiba muncul di Taman Tasik berhampiran dengan matrikulasiku.
“Err awak nak apa lagi? Saya tak kenal awak la. Dah la jangan kacau saya lagi.” Aku berhentikan niat untuk meneruskan lagi joggingku. Kacau betullah mamat ni. Menyampah!!
“Aik, dah hilang dah kau-aku kau tu? Betul kau tak kenal aku? Baik kau cakap. Kalau tak aku lamar kau sekarang jugak!” gertaknya sambil tersenyam nakal.
“Eh, kau ni gila ke hape ha Muhammad Nabil Dinzly bin Mohd Safri?” tegasku.
“Ha, inilah Sofie yang aku kenal. Jum jogging sama-sama.” ajaknya.
“Err. Takpelah.” tolakku.
“Alah.. Lagipun kau sorang je kan?  Tak nampak pun kawan baik kau tu. Jum je la. Sebelum aku angkat kau, baik kau cakap setuju!” gertaknya.
“Ye la ye la. Bongok!”
“Bongok bongok aku pun kau masih suka aku kan ? Oh ya, nombor telefon aku yang kau minta dulu, masih kau save kan? Harap ada lagi la. ” luahnya. Terasa keikhlasan dihatinya.
“Err... mana kau tau nombor aku dan aku masih simpan lagi?”  tanyaku untuk mengatahui.
“Suha.. dan kalau Suha takbagitau pun, aku tau kau akan simpan jugak nombor ‘crush’ kau ni kan?” Gelaknya.. aku dah geram dengan dia, dia boleh buat aku macam tak ada perasaan MALU!! Gila punya orang. Tapi betul ke ni dia yang sebenar? Ehm entahlahh.
     
     SEPANJANG perkenalan balik aku dengan dia, aku rasa ade sesuatu. Ya! Perasaan suka itu sememangnya sudah dari dulu terbit. Tapi ini, bukan hanya suka, rindu juga mula sayang dengannya. Dan dia jugak paksa aku untuk suka dia kembali. Tanpa disuruh aku memang sudah suka pada kau, wahai Encik Nabil Dinzly. Selapas beberapa hari aku bertembung dengannya di Taman berdekatan Marikulasiku, aku terserempak lagi pulak dengan dia di kantin
“Weh, lepas habis matrik, aku ingat nak ikat tali pertunangan antara aku dengan kau. Tak kira sama ada kau setuju atau tak, kau kena ikut. Sebab aku dah beli cincin.” ujarnya. Aku? Apalagi , terkejut beruk lahh. Gila ke hapa.. nasib baik tak tersembur air yang minum ni. Rasa macam tercekik la jugak masa sampai ke kerongkong ni. Erghh gila!
“Jangan risau. Aku dah hubungi parents kau dan diorang setuju.” sambungnya lagi.
“HUH? Kau gila ke apa? Kau ingat aku barang mainan? Aku masih lagi nak kejar cita-cita laa.” Tolakku dengan alasan yang kukuh. Selera makanku terbantut.
“Kalau kau tolak, aku akan saman kau dua kali ganda nilai cincin yang aku dah beli. Kau jangan risaulah, aku bagi kau sambung belajar kejar cita-cita kau tu. Kita cuma bertunang sahaja. Belum kahwin. Dan kau, jangan cuba-cuba untuk jatuh hati pada lelaki lain. Dan lepas setahun kita belajar, aku nak kita kahwin.” Terangnya lagi. Arghh sakit jiwa macam ni.
“What? Kau ni pahal? Dah suruh macam-macam, macam aku ni hapa je.” Marahku. Tak aci sungguh!
“Parents kau dah setuju.”  What? Mama dengan papa setuju? Aduhai bila masa pulak dia jumpa orang tua aku ni. Mangkuk bin hayun betul la...
Keesokan harinya.... Aku menelofon mama.
“Hello. Assalamualaikum, mama! Mama, apa ni? Kenapa tak bincang dengan Sofie dulu pasal nak tunang kahwin bagai ni?” tanyaku dalam keadaan gelisah.
“EH, apa pulak. Nabil sendiri cakap dengan mama yang kamu dua dah setuju. Dah siap tetapkan tarikh tunang kamu pun. Kamu jangan buat main-main, Aunty Ju dah belikan cincin untuk kamu tunang nanti dan Nabil sendiri dah tunjukkan pada mama.” Ujar Puan Halini.
“Aunty Ju? Siapa Aunty Ju?” tanyaku keliru.
“Ya Allah, kamu ni Sofie dah kenapa? Dia kan mama Nabil. Takkan kamu tak kenal?”  “Oh, maaf ma. Sofie lupa. Hehe..” Jawabku untuk tutup kantoi. Memang aku tak kenal langsung dengan keluarga Nabil. Erghh mamat tu memang nak cari pasal betul laa.... Selamba badak ikut citarasa belacan campur tempoyak dia je... Aku memang la nak kahwin dengan dia. Tapi takkan dengan cara ni. Ehmm.. 
Seminggu selepas itu, aku sudah bergelar kepada tunang orang. Dalam tempoh pertunangan itu, aku jadi keliru. Benarkah dia menyintai ku, menyayangiku, dan untuk sampai akhir hayat dia? Dia tak pernah pun tunjuk yang dia sayang aku...
     
     BUNYI telefon ku berdering menandakan panggilan masuk. Siapa pulak la pepagi buta ni call. Tak boleh tngok orang senang langsung la. Aku terus slide ke kanan untuk menjawab tanpa melihat gerangan siapa yang telefon. Malas! Mengantuk!
“Hello, aku nak kau siap sekarang! Kita pergi test baju kahwin. Lambat seminit, aku akan bagitahu satu matrik yang aku ni bakal suami kau!” katanya sambil ketawa... Ergghhh sebel hati aku rasa. Aku matikan panggilan tu dan terus bersiap.
     
     SETAHUN setengah berlalu, aku dan dia sudah dinikahkan oleh papaku sendiri. Aku memang dah sayang dia tapi hati mengatakan untuk tak sedia nak kongsi hidup dengannya lagi. Pada malam itu, pintu terkuak...
“Abang bagi Sofie masa untuk terima sayang dan cintakan abang sepenuh hati Sofie. Bye. Good night sayang. Abang tidur dulu.” Terus dia melabuhkan punggungnya di katil. Habis, aku nak tidur mana? Erghh..
“What?” Perghh!! Memang gila ahh. Abang? Aku dengan dia sebaya kut. Then, lembut pulak cakapnya. Ni buat aku terharu sekejap.
“Kita dah nikah, sayang. Kena la panggil abang, abang. Dan suka hati abanglah nak panggil Sofie apa. Dah jangan fikir papa. Tidur cepat. Meh sini baring sebelah sini. Kalau tak, abang cium.” gertaknya sambil menunjuk muncung bibir. Nak tergelak aku. Haha.
“Err okay okay. Bye good night.” balasku. Memang mimpi ngeri lah aku malam ni..  Keesokan harinya....
“Sofie.. Sofie... Bangun Sofie... kita jemaah sekali.” kejut Nabil pada aku.
“Err pukul berapa dah ni?” balasku sambil menonyoh mata dalam keadaan mamai.
“Pukul 6.30 dah sayang. Cepat bangun, kalau tak nanti abang dukung” ujarnya sambil tersenyum nakal.
“Err okay okay. Kejap.” Pantas aku mengelak dan bergegas ke bilik air.  Selesai usai solat, terdetik perasaan terharu ku padanya. Dia suami, juga imamku pagi ni. Ya Allah, kekalkanlah perkahwinan ini.
“Nabil, err Abang, Sofie minta maaf kejadian malam tadi tak seperti abang impikan.” Tegur ku setelah melipat telekung dan sejadah.
“Takpe Sofie. Abang faham.” balasnya.
“Abang, Sofie silap. Memang Sofie suka, sayang dan cintakan abang tapi Sofie keliru lepas ape yang abang buat dekat Sofie masa sekolah dulu dan juga semasa kita dalam ikat tunang.” ucapku tersendu sendu.
“Abang minta maaf, Sofie. Abang tak pandang Sofie dan tak tahu perasaan Sofie terhadap abang. Abang dapat tahu pun dari Nasuha. Sejak dari tu, abang memang rasa pelik dekat hati abang sehingga ayah abang suruh abang tukar belajar ke Matrikulasi di Ipoh. First time jumpa Sofie, abang syukur ke hadrat Illahi, sebab tunaikan hajat abang dan berharap jumpa Sofie.”  Terangnya sambil mencapai kedua belah tanganku.
“Err macam mana abang tahu Sofie dekat Ipoh?” tanyaku ingin tahu.
“Suha la yang bagitau abang. Dah la jangan ingat lagi. Sekarang ni jum kita turun bawah. Tolong mama dekat dapur. Dah ada suami ni, jangan malas nak bangun pagi buat sarapan. Hehe..”  katanya sambil mengusap kepalaku.
“Eh? Apa abang ni...” Gelakku.. Suamiku? Apa lagi, kalau bukan Nabil Dinzly yang sekarang mudah dengan gurauan dan senyuman, pasti aku tidak bersamanya... “Eh kejap. Abang , kenapa abang berubah ? Bukan abang dengan makwe abang dulu ke?”  tanyaku tidak berpuas hati.
“Sofie, jangan ingat lagi kan abang cakap. Okay, abang cerita, lepas ni jangan tanya lagi. Abang dengan dia memang ade perasaan tapi hanya teman... Abang berubah? Maksud Sofie?” tanya Nabil kurang faham.
“Yela, dulu kan abang macam kerek je dengan Sofie, macam berlagak, sombong, takmudah senyum..”  jawabku.
“Oh kutuk abang ya? Entahlahh. Dah memang perangai abang macam tu. Suha marah abang. Tapi abang tak kisah. Suha juga nasihatkan abang untuk ubah perangai abang yang pelik ni. Lepas Suha cerita semuanya tentang perasaan Sofie dengan abang, tentang sikap abang kadang-kadang ‘annoying’ ni, baru abang rasa dan sedar perasaan pada Sofie itu juga ada pada abang walaupun hanya sedikit. Sejak dari tu, abang kena leter dengan Suha untuk berubah menjadi seorang yang macam sekarang. Perasaan yang sedikit itu, mula bertambah lepas abang jumpa Sofie dekat Library dulu” cakapnya dengan merenung mataku. Nampak keikhlasannya.
“Oh okay dah faham. Hee jum turun. Lapar la..” ujarku sambil memegang perut
“Okay jumm... Nak abang dukung ke?” tanya nya dengan tangan sudah bersedia untuk mendukungku.
“Haha.. tak payah dan tak perlu..”
Rupa-rupanya detik jam 8 aku dan dia kembali lagi. Ini bukan mimpi tapi ini satu suratan yang telah ditakdirkan. Alhamdulillah sekarang setelah 3 bulan, Nasuha dan Afid diijabkabulkan. Tak sangka dalam degil-degil Afid, nampak jugak kecomelan Nasuha tu. Nasuha sekarang sudah tidak seperti dulu. Berat badannya sudah turun tapi tidaklah se’slim’ mana pun. Tapi kegebuannya mungkin yang membuatkan Afid terpikat setelah 2 tahun tidak bersua... hihi...
     
     4 TAHUN kemudian... “Nana, Azad, nanti ibu pergi kursus, dengar cakap baba ya? Jangan nakal-nakal. Ibu pergi seminggu aje sayang.” usap kedua kepala anak-anakku yang baru mencecah 7 bulan itu. Ku cium bertalu-talu pipi mereka.
“Okay sayang. Tu abang dah letak semua bag dalam kereta. Sayang abang jangan tinggalkan abang dengan anak-anak lama-lama ya?” ucapnya sambil memegang kedua belah-belah pipiku
“Ye la bang. Sofie pergi seminggu je. Jangan risau. Sofie pandai jaga diri. Kalau bukan atas desakan kerja, memang Sofie taknak pun pergi tanpa abang dan anak-anak.” ujarku. Sebenarnya, aku diarahkan untuk beri motivasi psikologi kepada pelajar sebuah universiti di Langkawi. Kalau boleh aku tidak mahu, tapi atas mahuan pihak atasan, aku terpaksa pergi.
“Sayang take care okay? Abang percaya sayang.” Eratku didalam dakapannya. Luluh hati aku ingin tinggalkan anak-anak kembarku dan my lovely husband ni.
Sepanjang aku disana, setiap pagi, petang dan malam, pasti dengar suara dia. Dia la kalau bukan suamiku tercinta. Hihi.. Nasib baik mak mertuaku ada tolong menjagakan anak-anakku. Kalau harapkan babanya, huru-hara akan berlaku. Dengan kerjanya lagi. Tapi nasib baik dia ada ambil cuti sehari, hari yang aku pulang. Sehari je? Baik tak payah. Tapi tak apalah. Kerjanya juga tidak kalah sibuknya  jika dibandingkan dengan aku.  Aduhai.. macam-macam. Huhu..
     
     SETELAH pulang, ku disambut oleh jejaka idaman ku, hihi... Romantik pula rasa. Siap dengan sejambak bunga lagi. Alahai. Makin romantik pulak sejak dapat anak kembar ni.  Sekarang, aku sangat sayang Encik Muhammad Nabil Dinzly Mohd Safri ni. Takde siapa boleh ambik dia dari aku. Hehe..
”Abang, takpayah susah-susahlah sediakan semua ni. Abang dah ada depan mata pun, dah bersyukur sangat Sofie.” Sambil berjalan menuju ke dapur.
“Alah, setakat kek, bunga dengan... Tada!!....” sambil tangannya membuka tudung saji diatas meja makan dan woww!! 
“Abang, my favaorite Cabonara.. Abang beli dekat mana?” tanyaku dengan selamba.
“Ape sayang ni? Abang buat sendirilah. Mana main beli-beli ni. Hihi..” katanya sambil mencubit pipiku.   
“Ye ke? Sedap ke?” tanyaku dengan kurang yakin dengan keadaan tersenyum. Senang hatiku.
“Mestilah sedap. Inikan Chef Nabil Idaman Malaya. Haha...” katanya sambil tunjuk lagak ala-ala chef.
“EH perasan la abang nii. Kejap!! Kek?? Annivesary? Ya Allah, abang, the first memang Sofie serius gila-gila lupa. Second, abang, Sofie minta maaf” Pintaku.. Air mata mengalir ku bersaman tangannya dan terus dia memujukku yang kini didalam dakapannya.
“Sofie, sudah lah. Abang tak ambik hati pun. Abang tahu Sofie penat, busy dengan kerja. Dah la jangan nangis, sayang. Nanti babies dengar, takdapat nak romantik. Hihi...” katanya sambil mengusap-usap pipiku.  
“Terima kasih abang. I love you until i die. InsyaAllah.” Aku terus memeluknya.
“InsyaAllah sayang. Me too dear cute wife. Dah jangan nangis. Jum makan. Abang lapar la. Sekarang dah pukul 2 dah. Dari pagi abang tak makan” katanya sambil memegang perut.
“Abang! Kenapa tak makan? Takpayah la tunggu Sofie. Kalau abang pengsan tadi macam mana? Abang tu dah la ada gastrik.” aku meleraikan pelukkan dengan rasa kurang senang dengan sikap suaminya. Masakan suaminya tak makan dari pagi semata-mata tunggu isterinya pulang.
“Sofie la tolong angkatkan.” Kata Nabil dengan tersengih.
“Abang!!” kataku dengan geram. Kucubit lengannya. Ha itulah siapa suruh buat perangai.
“Sofie, dah la. Merah dah ni. Nanti tak hensem pulak suami  Sofie sorang ni. Abang cuma makan biskut je tadi sebab bangun lambat. Nak siapkan ni lagi.” Terang Nabil pada Sofie. Risau sungguh isteri dia sorang ni.
“Abang ni bab perasan nombor 1.. dah jum makan. One more time abang, Thanks much for this. Sepatutnya Sofie yang buat.” Kataku setelah menyeduk masakan suaminya ke pinggan mereka berdua.
“It’s okaylah. Kalau Sofie cakap macam tu lagi, abang jerit satu taman ni yang Sofie mulut manis yang mudah buat abang nak menangis.” Akhirnya aku mengelak jua..
“Eh abang, mama mana?” Tanyaku lupa tentang mak mertuaku yang menjaga Nana dan Azad ketika aku di Langkawi.
“Mama dah balik tadi sebelum beli barang”  jawabnya selamba.
“Kenapa tak tunggu je sampai Sofie balik?” tanya Sofie pelik.
“Kalau macam tu, tak dapat la kita lunch date macam sekarang ni”  kata suamiku dengan muka gatal dia tu... Terasa bahagia yang susah untuk ku ungkap. Ya Allah, beri dan kekalkanlah kebahagian kami. Aminnn....
     
     Tidakku sangka, sikapnya berubah dari mula-mula aku kenal hingga kini. Aku sendiri tidak percaya.  Mungkin juga kerana Nasuha. Terima kasih kawan... Aku kini bahagia.. Sangat Bahagia.. Terlalu bahagia.. Lirihku dalam hati...

Tamat...



*Please not to copy ^^

Monday, 25 November 2013

Keep Follow

Hey guys.. Assalamualaikum :) Lame dah tak update. bersarang sudah belog aku nii... haha.... sihats? aku sihat2 je.. baru lepas balik bercuti. ecececehhh... :PP . oh ya,, Happy Holiday :).. Gudluck to spm candidate tahun ni yang masih ada lagi paper tuu.. :)
 aku type ni mcm takde perasaan jee. hahaa dah lame kan tak update,.. nak cerita punn, banyak sangat nak cerita.. 

oh ya.. aku ade satu bakat tau.. bukan nyanyi... tapi menulis. hihi... im trying to be penulis cerpen dan novell... aku ade hantar satu cerpen ni tadi. tapii, maybe penulisan2u tak approve lagi, sebb baru je hantar tadi dan bukan waktu pejabat. maybe esok lusa tulat atau seterusnya. haha aku harap sangat boleh disiarkan.. dapat vote banyak. kalau positif, boleh aku lanjutkan dengan novel :)
 Yeppi.. 

dan oh yaa, aku dengan Pak Usu aku ade buat our blog us to share.. FanizHazmira.blogspot.com . keep to follow .. tapi takbest lagi.. tak hias canyik-cantik lagi katanya. hee in sha allah dalam dua tiga hari, akan lengkap ;)) Blog tu kami akan ada update about what we can do it.. kira bakat la. ecett . sekadar isi masa lapang dengan faedah. am i right ? huhu okay see you guys yang baca ni next update ;P